best western icity

Bufet Ramadhan Best Western I-City, Konsep Aladdin and The Malaysian Treasures

Eh jomlah ke Best Western I-City!!! Bufet Ramadhan Konsep Aladdin and The Malaysian Treasures. Rezeki dapat berbuka puasa ganti kat sini.. bukan kebetulan tapi kejarkan dah nak masuk bulan Ramadhan, puasa tahun lepas tak habis ganti lagi…hahaha..siapa suruh last minute kan.. inipun masih lagi berbaki.

Bufet Ramadhan Best Western I-City

Nak sampai ke sini basah lenjun aku…naik motor kan…dari rumah tak hujan..di pertengahan jalan hujan lebat sungguh.. Nasib baik pakai baju hitam, tak nampak sangat basah.. apalagi redah jerlah. Masuk lobi hotel, gigil kesejukan. Naik tingkat 5 sejuk hilang pandang makanan.

best western icity

Panjangnya susunan pelbagai juadah, sampai tak tahu nak makan yang mana dulu. Kari kepala ikan, daging masak merah, mutton varural, ayam masak rempah, kambing lada hitam, steamed fish teochew style dan banyak lagilah…160 juadah ko. Hah, makanlah semua.

Amboii laki aku, dulu dia dari aku..eh, siapa yang puasa ni?

best western icity

Rooftop Level 5

Di luar pula ada lauk bakar-bakar..kambing bakar, udang, ikan, daging, sate ayam dan daging, pisang goreng, keledek goreng, cendawan goreng, rojak buah, rojak campur, pasta, yong tau foo, martabak, roti john dan banyak lagi. Ada 2 buah-buahan yang kena makan di bahagian rooftop ni…raja buah iaitu durian dan nangka yer..

best western icity
best western icity

Nah menu-menu bufet ramadhan nanti ikut hari. Pilih nak menu apa.

Downlod SINI

best western icity

Dessert pun banyak..tak termakan sebab terlalu kekenyangan..banyak ratah lauk jer.

best western icity
best western icity

Kadang-kadang bila pergi bufet ramadhan ni, selalu fikir tempat untuk solat. masa tak panjang nak masuk ke Isyak..nak makan berbuka lagi..tak perlu risau, di Best Western I-City tempat solatnya satu level..dekat dan mudah. Dari rooftop di belakang Mr.Ery berdiri tu jer ruang untuk solat. Bolehlah bagi masa, berbuka dulu dengan kurma…pergi solat..lepas itu sambung makan.

best western icity

Kemain segak pula Mr Ery ..inilah bahagian rooftop dari level 5. Boleh nampak i-city kat sebelah itu jer.

best western icity

Beria cium bau durian…agaknya cium bini camtu juga ke. hahahaha…durian D24 tau..bukan calang-calang durian.

best western icity

Lagi seronok datang berkumpulan..lagi havoc jumpa kawan-kawan..berjam-jam kat situ sampai habis waktu tak apa. Tq Best Western I-City treats kami semua dengan baik dan makanan memang sedap semua.

best western icity

Sebelum terlupa, pada 23 Mac 2019 mula jam 9 pagi ada persembahan tarian singa dan drums di I-City Central..Hah, bawa anak-anak korang pergi tengok yer.

Untuk booking buka puasa dah dibuka. Sekarang booking time Early Bird ni sebelum 30 April 2019 lagi dapat harga yang lebih murah..tak cecah RM100 pun.. Dan korang datang berkumpulan macam kami melebihi 9 orang…1 orang akan dapat FREE.

Tempah di The View Cafe Level 5, Best Western i-City Shah Alam, hubungi 03-55219000 atau email sales@bestwestern-icity.my

About emarieys

Ema has written 1199 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge