buat tak reti

As Salam
tengahari tadi keluar makan dengan sorang member opis..selalunya akan keluar beramai tapi hari ini semua tengah berDIET…aku je yang tak reti nak DIET… kali ini makan jauh sikit dari opis…rajin pula nak pergi jauh-jauh ni…nun kat kampung pantai dalam..restoran anis putri namanya…(jauhlah sangat)

restoran orang kelantan….hello restoran orang utara… orang selatan pun pergi tau…tak pilih-pilih yer…hah, kedai mamak pun selalu…

restoran ini kalau lambat jer…susah nak parking kereta…parking penuh… pandai-pandailah cari lubang parking…kalau pandai selamatlah kereta…kalau tak pandai calarlah jawabnya…lagi satu masalah kat restoran ini tempat duduk makan pun penuh… pergi pun dah awal tapi tempat duduk dah penuh…mereka ni datang jam berapa lagi laa… kalau tempat beraircond tu tak dapat nak merasa la jawabnya…kenalah cari-cari kat luar je…

tadi kat luar pun penuh juga… pandang sana pandang sini…last-last adalah nampak 4 orang yang sudah makan..dah siap basuh tangan pun…tapi still lagi duduk-duduk tanpa berbicara kat meja tu…”bila diaorang nak angkat bontot ni? janganlah buat-buat tak reti orang nak duduk kan”… aku berdiri jer kat tepi meja diaorang tu… akhirnya bangun juga korang…. tak selesa kot aku ada kat situ…

dah tahu tempat itu penuh… dah siap makan…janganlah duduk berborak..orang lain yang baru sampai nak duduk juga… berboraklah time jalan ke…dalam kereta ke… kat opis ke… kesian yang melilau mencari tempat duduk ni..masing-masing pun kerja…dan kejar masa…..

About emarieys

Ema has written 1264 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

emarieys

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

View all posts by emarieys →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge