Dr Chong Clinic laser
Beauty Review

Buat Rawatan Muka Dengan Dr Chong Clinic Sebelum Terbang ke Afrika

Sempat juga buat rawatan muka di Dr Chong Clinic sebelum terbang ke Afrika keesokkan harinya.

Kalau sebelum ini, aku pernah buat rawatan Clatuu kali ini ambil rawatan Co2 Laser di clinic yang sama cuma berlainan cawangan sahaja. Kali ini di cawangan Kepong dan rawatan ini untuk Mr Ery.

Yealah, asyik aku saja yang nak cantikkan muka, bagilah peluang untuk Mr Ery pula merasa.

Asalnya nak ambil Pico Laser. Tapi setelah jumpa dengan Dr Brendon Chong – pakar dermatology & estetik, beliau syorkan untuk ambil Co2 Laser. Atas sebab, kami dah nak balik ke Afrika dan tak boleh kena cuaca panas secara direct selama seminggu. Afrika sekarang tengah cuaca panas. Lupa pula kami akan kuarantin 14 hari di rumah nanti.

Rawatan Fractional Co2 laser

Rawatan Fractional Co2 Laser memberikan denyutan tenaga terkawal ke dalam kulit. Panas yang cepat dan pendek akan merangsang pengeluaran kolagen dan elastin.

Prosedur ini memperlihatkan lapisan atas tisu kulit  hasil dari kesan pengetatan pada dermis kulit. Rawatan Fractional Co2 Laser sesuai untuk semua jenis kulit dan boleh digunakan dengan selamat untuk merawat keadaan kulit pada wajah, leher dan semua bahagian badan.

Kesan selepas laser nampak garis-garis macam ngeri kan.  Semasa rawatan ia tidak menyakitkan kerana sudah disapu dengan masker kebas sebelumnya.

Selepas itu disapu dengan masker untuk menyejukkan kulit dan mengurangkan kesan merah.

Kebaikan Rawatan Laser Fractional Co2

  • Waktu rehat dan risiko minimum berbanding dengan rawatan laser tradisional.
  • Melembutkan garis halus dan kedutan.
  • Memperbaiki masalah pigmentasi, mengurangkan saiz pori, parut jerawat, dan ketidakteraturan tekstur lain.
  • Membalikkan tanda-tanda penuaan kulit dan hasil yang kelihatan pada kulit menjadi lemah.
  • Kulit mengetatkan dan mengecut sejurus selepas rawatan laser.
  • Mengurangkan parut jerawat.

Memandangkan Mr Ery memang jarang memakai pencuci muka dan moisturizer, kami dinasihatkan untuk menggunakan rawatan penjagaan kulit dan perawatan yang baik selepas rawatan laser untuk mempercepat penyembuhan dan mengekalkan hasil. Hasil rawatan Fractional CO2 Laser jangka panjang dengan perlindungan sinar matahari yang tepat, hasilnya dapat bertahan selama bertahun-tahun.

Kenapa pilih Dr Chong Clinic?

Rata-rata apa yang aku baca review dan feedback dari customer mereka semua positif dan ini menguatkan lagi untuk cuba rawatan di sini. Harga yang ditawarkan setiap rawatan sangat berpatutan. Doktor dan staff yang terlatih, professional dan berpengalaman. Mempunyai sijil dermatology dan estetik untuk buat rawatan kulit, rambut dan badan. 

Suasana klinik yang bersih dan tidak bosan menunggu giliran sambil minum teh dan makanan ringan yang terhidang.

Sekarang kan musim Covid-19, setiap pelanggan akan diwajibkan untuk scan MySejahtera dan bacaan suhu akan diambil.

Dr Chong Clinic HQ Kepong

No Telefon : 03-61793157 / 018-4738818Alamat : 37G, Jalan Metro Perdana Barat 1, Taman Usahawan Kepong, 52100 Kuala Lumpur

Dr Chong Clinic TTDI

No Telefon : 03-55243083 / 011-21288188Alamat : 14 & 15, Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr Ismail, 6000 Kuala Lumpur

Dr Chong Clinic Shah Alam

No Telefon : 03-55243083 / 018-4710988Alamat : F-G-33, Jalan Ikthisas 14/1, Vista Alam, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

Dr Chong Clinic Johor Bharu

No Telefon : 07-5596110/ 011-56366110Alamat : 49, Jalan NB2 2/2, Taman Nusa Bestari 2, 79150 Iskandar Puteri, Johor Bharu


Waktu operasi
Isnin – Jumaat : 10 pagi – 7 petang
Sabtu & Ahad : 10 pagi – 6 petang

General line untuk book appointment 018-2528088

Website : www.drchongclinic.com

Facebook : www.facebook.com/drchongclinic

Instagram : www.youtube.com/DrChongClinic

YouTube : www.instagram.com/drchongclinic

Email : enquiry@drchongclinic.com

About emarieys

Ema has written 1311 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

2 thoughts on “Buat Rawatan Muka Dengan Dr Chong Clinic Sebelum Terbang ke Afrika

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *