cara buat pulut kuning dengan santan kotak

Buat Pulut Kuning Dengan Santan Kotak

Buat pulut kuning, nak buat majlis kenduri ke?

First time ni buat pulut kuning.

Sejak datang sini, ada saja benda yang nak belajar buat.

Ayam percik, rendang ayam, nasi ayam, mee, roti, tauhu, lamb chop sauce.

Simple, tapi ada yang menjadi…ada yang tidak.

Maklumlah, kali pertama semua.

Kat Malaysia, rasa nak makan semua beli.

Kat sini, rasa nak makan..pandai-pandailah godek google.

 

Pakai Santan Kotak Kara

 

Beras pulut siam 1 paket.

Rendam beras pulut lebih kurang 4jam dengan 2 sudu serbuk kunyit dan pewarna.

Cuci dan tos.

Masuk dalam pengukus yang dilapik dengan daun pandan.

15-20 minit, keluarkan dari pengukus.

Gaul dengan santan kotak yang  dimasukkan garam dan sedikit minyak.

Biarkan sekejap.

Masukkan lagi sekali dalam pengukus lebih kurang 5 minit.

Kacau untuk sekata.

Siap.

Senang memang senang, tapi disebabkan kali pertama, pulut kurang berlemak.

Aku pakai 1 kotak santan jer.. better pakai 2 kotak.

Jadilah sebagai pengganti kek hari lahir tahun ini. Special tau.

Terima kasih atas ucapan korang semua.

Bab rendang ayam pun ada kurang juga

Kurang bahan.

Rendang kering sangat.

rendang ayam

Belajar dari kesilapan..ah, gitu.

Alhamdulillah, licin pulut kuning..

Bertahan 1 hari…tak basi.

Kat Malaysia, tak makan ayam..kat sini ayamlah yang boleh dimakan.

Masih tak berani nak makan seafood..kan kena jumpa pakar dermatologi lagi sekali.

 

 

About emarieys

Ema has written 1264 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

emarieys

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

View all posts by emarieys →

4 thoughts on “Buat Pulut Kuning Dengan Santan Kotak

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge