buah kelapa

Buah Kelapa Kecil, Isinya Sangat Tebal

Buah kelapa ada dijual kat tepi-tepi jalan.

Alahai…comel sangat buahnya.

Kecil cinonet sangat.

Agak-agak isi dalam tu ada ke tidak.

Bila mulut teringin nak makan pulut dengan kelapa parut

Barulah pergi cari.

Selalu nampak, orang jual kelapa tempat yang sama. kat situlah kami pergi.

Jual beli hanya dari dalam kereta…bukan tak berani nak keluar.

Tak keluar pun, habis kena serang dengan penjual lain.

3 biji 20,000gnf.

Baca: Tempat Shopping di Conakry, Guinea

kelapa parut

Lepas dah beli baru terfikir…ada isi ke kelapa muda yang ni.

Kan belah tak ada isi.. airnya saja yang dapat minum.

Yealah, biasa beli kat kampung akan sebut kelapa muda… tapi yang naknya kelapa putih saja..

Pusing tempat lain..cari yang tua sikit.

Barulah teringat nak makan dengan pulut..isinya nak kena parut.

Nasib baik ada kat gerai yang biasa beli sayur tu..beli 1 biji nak test.

Takutnya, tak ada isi..sebab kecil sangat.

Sekali bila dah belah…ambik ko, kalah isi dengan buah kelapa kat Malaysia pulaknya.

Tebal tak padan dengan kulit.

Buang kulit..potong kecil-kecil.

Masuk mesin blender yang ada mata parut.

Akhirnya..inilah hasil dia..

Dapat juga breakfast pulut dengan kelapa parut…1 benda yang kurang.

Tak ada ikan masin…huhuhuhu.

Buah kelapa muda yang 3 biji tu, jawabnya memang dapat minum air saja…

 

 

About emarieys

Ema has written 1258 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

emarieys

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

View all posts by emarieys →

One thought on “Buah Kelapa Kecil, Isinya Sangat Tebal

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge