Booth Ramadhan.

Assalamualaikum. Selamat hari raya semuaa. Lamanya tak update blog emarieys. Hakak sibuk sikitlah. Letih berniaga masa bulan ramadhan tak hilang lagi. Itu baru seminggu jaga booth, adik jaga sebulan rileks je.

Walaupun jualan jubah online tak berapa hangat, tapi jualan di booth sangat baik. Tinggal 5 helai jubah yang tak habis. Sendiri pakai pun dah 2 helai. Yang lebihnya tak tahu nak buat apa. ingatkan nak bagi pada yang nak. Ada saiz 42 sahaja.

 

Buka Booth1

 

Minggu pertama hingga ketiga, agak runsing juga sebab jualan tak berapa nak cantik. sehari sehelai dua jer yang terjual. Minggu keempat puasa, baru nampak ada peningkatan. Paling seronok berniaga malam raya. orang berpusu-pusu cari baju raya. tak sangka ramai yang cari baju last minute. Malam raya boleh tengok gelagat peniaga meLELONG barang mereka.

 

Buka Booth2

 

Jam 5.00 pagi masih ada di booth. Berkemas. Sebelum siang kena angkut semua barang. Nanti kena ambil dengan orang Majlis Perbandaran.

 

Buka Booth3

 

Buka Booth4

 

Syukur Alhamdulillah. Walaupun penat, bila terima hasil setelah tolak modal, sewa khemah, bagi adik…ada senyuman kat situ. Masih plan untuk sambung tahun depan. InshaALLAH..Doa-doakan yer.

 

Terima kasih pada beberapa pekerja Pasaraya Econjaya, Jerteh… hari raya datang bekerja dengan pakai baju raya dari Jubah Ayra.

 

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

10 Replies to “Buka Booth Di Bulan Ramadhan”

  1. Seronok tengok orang berniaga di booth masa bulan ramadhan. Macam-macam kisah dengar dari peniaga booth ni. Ada yang untung ada yang tak. Yang penting diorang ni memang hati kental. Selamat maju jaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *