Loading...
Review

Unboxing Blouse Plus Size dari Zucca

Jangan tak percaya aku punya saiz baju antara XL dan XXL. Korang nampak macam badan aku kurus, hakikatnya badan aku agak berisi. Kelebihan pada ketinggian, orang tak nampak badan aku berisi. Apapun aku bersyukur dengan apa yang dianugerahi.

Bagi yang mempunyai saiz badan besar agak terhad untuk menggayakan blouse yang cantik-cantik. Tapi kini aku dan korang di luar sana tak perlu risau lagi kerana di Zucca Butik menyediakan blouse pelbagai corak untuk mencantikkan diri dengan gaya menawan. Ceewah…gitu. Tak percaya ke? Jom tengok blouse yang aku grab ini.

BLOUSE PEARL – KOD MQ163 (4651) – Saiz XL – RM39.00

Mempunyai 6 pilihan warna bersaiz XL -XXL. Ukuran labuh baju 31 inch dan panjang tangan 23 inch. Blouse ini aku pilih warna cream atau pastel kuning. Sesuai digayakan dengan seluar atau skirt labuh. Aku suka dengan taburan pearl di depan baju dan di bahagian keseluruhan tangan. Taburan pearl/mutiara ini dilekatkan seperti dipateri dan bukan secara jahitan atau tampalan gam. Ini akan memberikan pearl/mutiara tidak mudah tertanggal. Material: Kain moss crepe, senang iron, kain tidak panas, tidak jarang.

BLOUSE – KOD MQ151 (3978) – Saiz XL – RM39.00

Blouse kedua juga ada 6 warna iaitu maroon, pink, light blue, putih, light green dan biru. Sesuai untuk yang biasa pakai saiz 46-48 atau XL – XXL. Ukuran labuh baju 35 inch dan lilitan tangan 22 inch. Waist max 52 inch. Pilihan warna light green sebab tak pernah ada koleksi warna ini. Mempunyai getah di pergelangan tangan, sangat mesra wuduk. Material: Kain moss crepe, senang iron, kain tidak panas, tidak jarang.

BLOUSE- KOD V194 (BL6678) – Free size fit to XXL (Saiz 46-48) – RM39.00

Pilihan blouse ketiga aku ambil yang bercorak menegak untuk nampak effect kurus. Menariknya blouse ini di bahagian belakang lebih panjang dari depan dan menutup bahagian punggung. Di bahagian tangan ada zip tertutup, sangat mesra wuduk. Blouse ini hanya ada 3 pilihan warna sahaja iaitu pink, putih dan hitam. Ukuran dada max 48 inch, waist max 50 inch, labuh 31 inch, bahu 18 inch. Material: kain moss crepe, tidak panas, ringan dan tidak jarang.

Lain-Lain Koleksi di Zucca Butik

Setiap blouse yang aku grab semua harga RM39.00 sahaja. Okeylah, grab dulu 3 blouse, next bulan tambah lagi… Dengan koleksi dari Zucca Butik ini, dapatlah aku jadikan office attire setiap hari. Bagi yang plus size, korang tak perlulah risau untuk dapatkan blouse cantik-cantik ini. Korang boleh dapatkan di Zucca Butik melalui:

Web www.zucca.com.my
Facebook www.facebook.com/zucca.my
Instagram www.instagram.com/Zucca.butik

BANYAK PILIHAN BLOUSE MENARIK DI SANA!!!!

About emarieys

Ema has written 1219 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

4 comments
Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE