Patutlah sekarang komen-komen dari blogger semasa pakai platform blogspot lama dah tak singgah ke blog emarieys.com sejak tukar kepada platform wordpress. Adakah atas sebab sepertimana dalam gambar di atas?.
Mungkin ia adalah salah satu sebabnya. Ema buat seperti biasa, mana yang tinggalkan komen pada entri akan ema balas kembali dan ada juga yang dah jarang tinggalkan komen pada entri ema singgah dan drop komen entri mereka. walaupun dulu, selalu balas membalas jejak tapi kini kebanyakan tidak lagi.
Adakah mereka tidak boleh masuk ke blog emarieys.com yang kini menggunakan platform wordpress? atau adakah blog emarieys.com lambat untuk loading…please bagi komen..
Kini, sejak pakai wordpress perubahan yang ema tengok adalah blogger-blogger lama yang baru ema kenal drop komen pada entri yang kebanyakkan dari platform wordpress juga.
Apa apa pun, terima kasih pada semua.