Assalamualaikum.

Kelmarin aku pergi juga event #blogrrr di MIECC, Mines. Program ini dari pagi hingga petang. Aku ada tanya bro framestone program ini habis jam berapa? Dia bagitahu jam 5.00 petang. Tapi aku sampai sana pun dalam pukul 3.00 petang.  Merempitlah aku tiga beranak dengan motor. Nasib baik si kakaknya kebetulan tak ada di rumah dan Aqeel aku nak tinggalkan dia dengan tokma sekejap tapi sampai depan rumah, pintu tutup rapat. sah, tak ada orang. dengan muka si aqeel yang sememeh, baru bangun dari tidur dengan sebotol susu, bawalah juga budak comot ini.

Perghhh, jalan nak ke sana memang jem teruk. Kalau pandu kereta pasti tak sampai dah kat sana. Parkinglah motor depan Mines, dan bertapak seribu langkah ke bangunan MIECC. sana terlalu sesak dengan orang sebab ada satu event besar pun sedang berlangsung. Pameran buku 24 jam THE BIG BAD WOLF yang dah habis semalam.

#Blogrr

Mendongaklah aku mencari banner #blogrrr dan nampak ada di level 2, aku mula tu segan juga nak naik. sorang-sorang, mr.ery dan anak-anak tak nak naik pun.dia lagilah segan.

blogrrr

sambil mata aku melilau cari blogger-blogger yang aku kenal bolehlah buat teman. tapi tak ada. aku nampak ada program dalam dewan. nun di atas stage ada blogger nisakay. tapi aku tak masuk sebab aku segan. aku ikut je mata dan kaki aku melangkah sambil, kiri kanan menjeling booth-booth yang ada jual macam-macam. cuma aku tak berhenti saja. nampak juga ada stage lagi di luar. sambil mata duk tumpu kat stage nampak blogger kakjie, anak kakjie dan tak silap blogger yanmie (kalau silap minta maaf). aku bagi salam dan bersalaman dengan mereka. Pastu kakjie tanya dah daftar ke belum? Aku belum daftar lagi. dan kakjie bagitahu daftar kat hujung sana. kalau bernasib baik dapatlah t-shirt. aku bangun terus pergi daftar…nak baju tu sebenarnya…hehehe. sebab aku dah daftar di laman web. tapi tak dapat jawapan apa-apa.

Blogger Most Wanted

Lepas daftar, aku jalan terserempak pula dengan budak lelaki yang femes dalam youtube tu. Rasanya macam dia…ala konpem dialah..budak couple tu sekarang dah jadi artis.

Pastu aku blurr, nak ke mana ni? semuanya aku tak kenal. Last-last aku, masuk juga dalam dewan dengar talk dari blogger nisakay dan ada artis lagi bersama dia…pelakon Iqram Dinzly (betul ke ejaan ni). soal jawab dengan nisakay dan beliau ada bagi tips-tips untuk blogger. Tak lama pun aku dalam tu, aku masuk talk pun dah nak habis. sempatlah aku kejar nisakay nak bergambar dengan dia. tak apalah dia tak kenal aku. aku pun baru follow blog dia…hehehe. terima kasih kat adik-adik yang tolong snap gambar ni.

Aku telefon mr.ery suruh dia naik. Dia tak mahu. “mama pun sorang-sorang kat atas ni, tak ada orang kenal pun”. Aku suruh dia daftar juga. sebab dia pun blogger. walaupun blog dia tak aktif, dia tetap blogger. Pass nombor 389, adakah ini nombor blogger yang ke-389. Mr.ery daftar lambat pun still dapat juga t-shirt. ini bermakna…..

I'm Blogger

Aku tak sempat nak masuk dalam pameran buku. Mr.ery risaukan motor dia kat luar sana tu. laju melangkah nak tengok. tapi tak boleh balik juga sebab hujan lebat. lepak pekena kopi dan roti bakar kat restoran luar ni. Mr.ery dan aqeel yang masuk masa aku sorang-sorang kat level 2, apa yang mr.ery beli? Buku rahsia buat duit dengan internet dan doa-doa harian.. memang murah harganya.

rahsia buat duit

Goodies Bag

Okey, baju dapat. tag pun dapat..jadi lepas ni, kena aktifkan balik blog yer mr.ery. Blogger most wanted.blogger most wantedAku tak nak komen banyak-banyak pasal event #blogrrr ini. berterima kasih pada penganjur yang berusaha menganjurkan event seperti ini. Aku harap event seperti ini akan diadakan setiap tahun. Ada baca beberapa komen mereka-mereka yang datang. Ada yang cakap hambar tapi meriah, Ada yang cakap seronok, Ada yang cakap kelam kabut. Tapi itu adalah hak masing-masing untuk menilai. aku berpendapat event seperti ini sangat bagus untuk sesama blogger mengeratkan silaturahim. ramainya blogger…majoriti tak kenal.  cuma ada beberapa perkara perlu diperbaiki seperti promosikan secara meluas melalui platfom facebook dan blog. sediakan aturcara sepanjang ia berlangsung. dan kenapa perlu ada dua stage yang berlainan?

*ini penilaian aku pada waktu petang. memandangkan event dah mula dari pagi. mungkin ramai yang dah balik.

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *