Al-Fatihah untuk arwah Lieynanilaz yang telah kembali ke rahmatullah pada petang semalam 2 Julai 2012 ..biarpun hanya kenalan di alam maya cuma….
Pada 1 Julai 2012, arwah sempat update blog yang mengatakan bahawa arwah tidak sihat sebab demam dan darah tinggi..
entry terakhir dari blog arwah
dan sedikit kata-kata dari entry Herba Tihara
Buat pengetahuan teman-teman….arwah memang ada mengadu pada saya dia kena darah tinggi last week …bacaannya sangat tinggi….hingga dia sakit kepala yang teruk dan tertidur di surau tempat dia bekerja di Langkawi…semalam saya dapat tahu dia menghembuskan nafasnya yang terakhir di dalam surau itu dalam keadaan bertelekung dan dalam tidur sebab dia masih demam…Ya Allah…
Semuga arwah berada di golongan orang-orang yang beriman dan bertaqwa…takziah untuk ahli keluarganya..