Hari kelahiran kakak Azwa bukan main lagi siap ada surprise. Tapi bila tiba adiknya, si Aqeel boleh lupa…kesian kat Aqeel…sekarang okeylah tak tahu membaca…Esok dah besar, kecil hati pula dia bila baca blog mama dia tak ada pun pasal hari kelahirannya.
Aqeel Syafiq baru keluar dari perut mama dengan timbangan 3.7 KG
Hari lahir Aqeel ni dah lepas banyak hari. seminggu lebih dah lepas pada 12 Ogos 2013. Nak buat macamana, masa hari raya tu, kami sibuk..sibuk sangat-sangat. bukan sibuk pergi beraya tapi sibuk kemas rumah. 4H 4M tak sudah-sudah. Sampaikan adik ipar nak datang pun kami tak kasi. rumah berselerak macam tokang pecah.
First time menjejak kaki ke IKEA
Puncanya satu saja. Raya kedua kami beraya kat IKEA nak cari rak untuk gantung hiasan pedang mr.ery tu…tup-tup pergi beli sekali rak untuk letak tv nak bagi tv kat rumah tinggi sikit. Beli barang kat IKEA tu hanya dua rak saja terus balik rumah. Bila dah mula start pasang rak tu, tang-tang tu juga pergi selerak segala harta benda yang ada bermula dari ruang tamu, bilik tidur, dan dapur. Buang segala benda yang tak dipakai dan masa itu juga datanglah idea untuk beli tiang-tiang besi untuk buat katil Azwa…memandangkan dah lama berhajat nak beli katil untuk Azwa tapi tak beli-beli sebab tak nak beli yang kayu wajib cari yang besi. Kalau kayu anai-anai kenyang, kalau besi anai-anai tak lut nak makan….anai-anai kat rumah sangat mengganas. Terus, pergi Sungai Besi cari besi-besi untuk buat katil dan tempat simpan barang. itulah sampai berhari-hari nak kemaskan rumah…baru rumah kecil..kalau rumah besar sebulan belum tentu setel.
Okey, dah melalut pula ceritanya..nak cerita pasal hari kelahiran my boy si Aqeel saja. Kami tidaklah kejam sangat lupa tarikh kelahiran dia…malam sebelum 12 Ogos 2013, kami dah wish kat dia walaupun time tu dia dah lena…bila tiba pagi esoknya, kami ucapkan sekali lagi… pastu kami cakaplah “sian adik, tak ada kek pun”…dia pun jawab “eshok..eshok..eshok” sebab dia jawab gitu lah buat kami lupa kot….hehehehe..lupa nak masuk dalam blog pun iye…
Itulah ceritanya yea.
SELAMAT HARI LAHIR UNTUK ANAKKU AQEEL SYAFIQ, SEMOGA MENJADI ANAK YANG SOLEH DAN BIJAKSANA, INSYAALLAH