BioUsahawan 2019 yang akan berlangsung selama dua hari bermula pada 15 dan 16 Mac ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Sidang media BioUsahawan 2019 di Hotel Ibis oleh Malaysian Bioeconomy Development Corporation Sdn Bhd (BioEconomy Corp) , Jalan Yap Kuan Seng , baru baru ini  mensasarkan mampu meraih pelaburan sebanyak RM375 juta bagi sektor berasaskan bio menerusi BioUsahawan 2019 nanti.

biousahawan

Platform Strategik Kepada Usahwan

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Mohd. Shuhaizam Mohd. Zain berkata, ia akan melibatkan pelabur-pelabur asing khususnya syarikat-syarikat dari Taiwan , India , Thailand dan Indonesia.

“BioUsahawan 2019 menyediakan platform strategik kepada para usahawan tempatan, syarikat permulaan, perusahaan kecil dan sederhana untuk terlibat sama dalam aktiviti perdagangan selain mempromosikan produk serta perkhidmatan mereka khususnya dalam sektor agro dan bio.

“Menerusi acara ini juga, kami yakin ia mampu memacu pertumbuhan sektor pertanian dan asas tani negara selain menyumbang ke arah sasaran jualan bernilai RM900 juta terhadap industri pada tahun ini oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA),” katanya.

BioUsahawan 2019: Ke Arah Industri Pertanian dan Asas Tani Berdaya Saing

“Kepercayaan pengguna tempatan terhadap produk berasaskan bio tempatan, kajian yang dijalankan oleh Bioeconomy Corp baru baru ini menunjukkan bahawa 60% penduduk bandar telah membeli produk berasaskan bio tempatan. Beliau menjangka angka ini akan meningkat ke 80% dengan adanya inisiatif BioUsahawan 2019.”

biousahawan

Menurut kajian tersebut , tiga kategori barangan berasaskan bio tempatan yang paling mungkin dibeli oleh pengguna adalah produk penjagaan diri , penjagaan kesihatan dan diikuti makanan dan minuman. Kualiti dan Keperluan adalah faktor utama bagi pemilihan tersebut. Turut hadir Naib Presiden dan Pengurus Projek BioUsahawan 2019, A’zlan Abdul Kadir.

Bioeconomy Crop menyasarkan seramai 10,000 pengunjung yang bakal hadir bagi menyertai acara BioUsahawan 2019. Bagi usahawan dan syarikat yang berminat untuk menyertai BioUsahawan 2019 dan mendapatkan maklumat lanjut, sila ke laman:

Web : http://www.bioeconomycorporation.my/biousahawan-2019/
Facebook : www.facebook.com/BioeconomyCorporation)
Twitter : twitter.com/bioeconomycorp
Instagram : www.instagram.com/biousahawan/
atau
Pertanyaan tentang pameran, sila hubungi: biousahawan@bioeconomycorporation.my
Cik Marlia: +603 2116 5471 / +6012 364 8179 Cik Norma: +603 2116 5442 / +6011 222 6384
biousahawan

Perihal Bioeconomy Corp

Malaysian Bioeconomy Development Corporation Sdn Bhd (Bioeconomy Corp) merupakan agensi pembangunan ekonomi utama bagi industri berasaskan bio dan agro. Ia adalah syarikat milik Menteri Kewangan (Diperbadankan) dan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan. Bioeconomy Corp berada di bawah bidang kuasa Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani (MOA) sejak November 2018.

Bioeconomy Corp menyediakan perkhidmatan sokongan, fasilitasi dan khidmat nasihat untuk syarikat sains bio, agro dan sains hayat di Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.bioeconomycorporation.my

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *