Biodata

Biodata Emarieys

Salam,

Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kerana sudi datang ke blog emarieys.com

Saya Ema. Kat rumah adik beradik panggil Along. Kawan seasrama panggil Jue. Kawan sekampung dan sepupu papat panggil Juna. Kawan sekolah hingga kawan sekerja panggil Ema. Nama panggilan bukan main lagi banyak tetapi orangnya tetap satu dan sama.

Bagaimana terdetik buat blog?

Saya pun tak berapa pasti, bagaimana ia berlaku. Dulu aktif dekat friendster dan e-kawan tapi semua tu sudah terkubur. Entry pertama saya dalam blog tahun 2008.Itu pun tak sampai 10 entry dalam satu tahun. Yang tak bestnya semua entry langsung tak ada yang komen. Lama-lama peram blog buat pekasam.

Tahun 2010, semangat untuk berblog kembali. Itupun aktif kerana nak dapat hadiah. hehehehe.yealah, banyak contest-contest yang mudah dan hadiah pula menarik. Walaupun senang, tapi perlu ada masa yang sesuai untuk join. Kan lambat join terlepas. Nak tahu pemenang pun terlepas sebab ada limit time kan untuk umumkan pemenang.

Bila terbaca blogger yang hebak-hebak belaka kat alam maya ini boleh tambah pendapatan dengan menulis blog. mulalah perasaan nak juga tu ada. First, yang suka terjah adalah blogger Mak Merah a.k.a Red Mummy. Hanya tulis tentang personal, keluarga pun ramai yang baca blog Mak Merah ini.

Bukan saya tiru blog Mak Merah untuk saya buat entri kat blog saya. tapi blog Mak Merah bagi inspirasi untuk saya menulis dalam blog.

Masa pakai blogspot, alamat blog adalah mamaemacyg.blogspot.com . Pastu try tukar ke domain sendiri kepada www.emarieys.com dan kini bila dah pakai wordpress dah ringkas kepada emarieys.com . Kenapa emarieys? Nama emarieys ni dah senonim dengan saya dan mr.ery. Alaaa…mesti masa bercinta-cinta dulu ada yang gediks nak cantum nama kan….macam itulah kami pun…memang gediks duluuu…so, emarieys adalah hasil gabungan dua nama iaitu ema dan ery manakala ‘s’ ditambah di belakang menunjukkan penanda baka kami iaitu anak.

Saya seorang penjawat awam. Bekerja keras untuk sama-sama menambah pendapatan dalam bisnes perniagaan kosmetik atas nama Beauline Cosmetic. Bisnes ini adalah dari kami 3 beradik.

Moga emarieys.com ini akan berkekalan dan InsyaALLAH saya akan sentiasa menulis dan berkongsi dengan apa yang saya ingin kongsikan…oh semestinya ada had kannnnn…

Menulis kerana mereka..

Terima kasih sekali lagi….

Salam Perkenalan dari Penulis emarieys.com

One thought on “Biodata

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *