“Mama, Bila Mama Nak Balik Malaysia?” Soalan Yang Paling Susah Nak Jawab.

“Mama, bila Mama nak balik Malaysia?”.

Hanya 1 ayat dari anak, perit sangat nak telan.

Soalan yang paling susah nak jawab.

Apa jawapannya?

Tiada hari, tiada bulan, tiada tahun.

Keluarga di sini pun rindu pada kakak Azwa.

Tapi kakak Azwa lagi kena kuat.. Hanya dia seorang kat sana.

Yang pasti dialah paling rindu pada keluarga.

Kakak doakanlah semoga cepat masa berlalu.

Dulu, selang 2 minggu sekali dapat berhubung dengan kakak.. minggu balik rumah.

Kini, 1 minggu sekali dah boleh berhubung.

Alhamdulillah, pihak sekolah bagi pelepasan untuk kakak bawa handphone.

Cuma, untuk kegunaan hari minggu sahaja.

Hari sekolah, handphone diberi pada warden.

Aku pun tak nak kakak lalai dengan handphone.

Tak sabar tunggu hari esok…dapat contact dengan kakak.

Terubatlah rindu masing-masing..

Persoalan bila mama nak balik Malaysia itu.

InshaALLAH mama, ayah dan adik akan balik Malaysia nanti tengok kakak.

Ayah rindu kakak

Mama rindu kakak

Abang rindu kakak

Ayra pun rindu kakak

Semua rindukan kakak.

Hanya Allah sahaja yang tahu betapa peritnya nak hadapi.

Ya Allah, jagakan anakku Azwa Safriena untuk kami di sini.

Semoga diberi kekuatan dan ketabahan untuk kami semua.

 

Doa Untuk Anak Perempuan

 

رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ (١٢٧) رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِنْ ذُرِّيَّتِنَا أُمَّةً مُسْلِمَةً لَكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ  (١٢٨) رَبَّنَا وَابْعَثْ فِيهِمْ رَسُولا مِنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِكَ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَيُزَكِّيهِمْ إِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ (١٢٩

“Ya Tuhan kami, terimalah (amal) dari kami. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahu“. Ya Tuhan Kami, Jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau, dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau serta tunjukkanlah kepada kami cara-cara melakukan ibadah (haji) Kami, dan terimalah tobat kami. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Penerima tobat lagi Maha Penyayang. Ya Tuhan Kami, utuslah di tengah mereka sesorang rasul dari kalangan mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajarkan Al kitab (Al Quran) dan Al-Hikmah (As-Sunnah) kepada mereka serta menyucikan mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Mahaperkasa lagi Mahabijaksana.”

Kredit: Doa Untuk Anak Perempuan

 

 

 

 

 

 

 

 

About emarieys

Ema has written 1254 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

emarieys

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

View all posts by emarieys →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge