Putaran Masa Restoran

Bila Bekas Pegawai Atasan Jemput Makan Tengahari Di Dapur Sarawak

Bekas pegawai atasan aku seorang bekas pegawai polis berpangkat Superintendent. Dengar sahaja pegawai polis, maka ramailah yang anggap pegawai polis ini garang orangnya. Yea, memang aku tidak nafikan. Ada yang garang, ada yang bengis, ada yang pemarah tapi tidak semua. Masih ada yang baik antara mereka.

Selama 14 tahun aku bekerja di bawah pegawai-pegawai polis yang silih betukar ganti dari pangkat ACP hingga DSP, Alhamdulillah tak pernah lagi kena marah-marah, tengking-tengking dengan mereka tanpa sebab walaupun ada beberapa pegawai ini garang ya amat. Ramai antara mereka semua telah pencen dengan gelaran Dato’. Sehingga hari ini masih terima mesej tazkirah dari salah seorang bekas pegawai aku gelaran Dato’ setiap kali hari jumaat.

Makan Tengahari Dapur Sarawak

Panggilan kepada bekas pegawai atasan aku ‘Tuan Tan’, walaupun berlainan agama, berlainan bangsa, beza pangkat pun jauh. langsung tidak sombong. Kerana Tuan Tan aku dapat APC kali kedua, kerana Tuan Tan juga aku dapat makan durian sampai kenyang. Dan setiap kali menjelang hari raya aidilfitri, merasailah anak-anak dengan duit raya dari Tuan Tan.

Bersama Tuan Tan dan YBhg Dato

Satu hari, Tuan Tan call jemput makan tengahari di Dapur Sarawak bersama bekas Ketua Pengarah. Mula itu, seganlah juga nak pergi.. tapi dah dijemput tak elok pula menolak. Aku punya bekas Ketua Pengarah pun sangat baik. Ramai di sini merinduinya selepas pencen pada tahun lepas.

Makanan Sarawak

Dah datang Dapur Sarawak, mestilah menunya dari Sarawak. Bising Tuan Tan bila nak order makanan nasi yang mana bukan pure Sarawak punya..hahaha..yealah..yelah…order menu sarawak jer.

Aku dan kawan  makan Mee Kolok. Sedap. Tuan Tan makan Laksa Sarawak. Aku pun pernah makan Mee Kolok Sarawak sebab area Sungai Besi pun ada, tapi bukan cawangannya.

Licin aku makan, macam tidak cukup..segan nak tambah walaupun Tuan Tan tanya nak makan apa lagi…hahaha..lain kali¬† pergi makan lagilah..Terima kasih pada Tuan Tan dan YBhg Dato’ Ketua Pengarah. Borak-borak dah seperti kawan biasa walaupun tidak lupa dengan gelaran yang dipanggil. Yang penting ada sifat hormat pada mereka yang telah berpencen.

 

 

About emarieys

Ema has written 1158 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

PTT Outdoor

You may also like...

2 Comments

  1. Terima Kasih Atas perkongsian yang menarik tu ye.Boleh la try peegi makan sana dengan family kan.

  2. Terima Kasih Atas perkongsian yang menarik tu ye.Boleh la try pergi makan sana dengan family kan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge