Tengahari tadi ada emergency. terkejut bila terima panggilan dari mr.ery mengatakan bibik lari dari rumah. Ema balik rumah ambil MIL dan Azwa terus ke rumah adik ipar ema. bibik adik ipar yang larikan diri tinggalkan seorang bayi dan budak lelaki berumur 4 tahun bersendirian.
Dari mulut adik ipar ema.
1) Seorang jiran sedang jemur kain, terdengar aisar menangis kuat-kuat. Jiran memanggil abangnya airil yang berumur 4 tahun ini dan bertanyakan bibik di mana? airil bagitahu bibik di atas.
2) Selang setengah jam, jiran ini masih lagi terdengar suara si aisar ini menangis. terus jiran call adik ipar bagitahu anak menangis.
3) Adik ipar telefon rumah tak berangkat..telefon hp pun tak berangkat.
4) Terus minta bantuan jiran untuk panjat pagar rumah. tapi jiran dah terdaya nak panjat sebab risau dan terasa lembik lutut untuk panjat. panggilkan airil bukakan pagar. nasib baik airil tahu untuk buka pagar automatik.
5) Jiran masuk ke dalam rumah. lagipun pintu rumah tak tertutup tapi gril berkunci. lihat aisar dah muntah-muntah dan lembik di dalam buaian. terus jiran ambil dan mandikan aisar.
6) Aisar masih dalam keadaan terkejut dan tak mahu minum susu. airil pula tak tahu apa-apa pun. tak tahu yang bibik tu dah lama larikan diri.
![]() |
Aisar yang ditinggalkan di dalam buaian..16 Sept genap setahun. |
Mengikut bukti CCTV dalam jam 9.15 pagi nampak bibik keluar mengikut pintu belakang. dia keluar kuncikan gril belakang dan campakkan kunci ke dalam rumah. masih belum tahu dia larikan diri dengan siapa dan naik apa.
Adik ipar dah buat report polis untuk tidak bertanggungjawab jika berlaku apa-apa.
Inilah manusia. rambut sama hitam tapi hati tu kita tak tahu. bila bagi kebebasan ada hp sendiri. beginilah jadinya..
Last mesej yang diterima bibik lari pergi ke Johor.
Dari fb adik ipar ema :
Mohon sebarkan …siapa nampak @ terjumpa pembantu rumah warga indonesia ini hubungi saya 0139426003..ini maid saya yg tlh melarikan diri dgn mmakai cardigan hitam dan jean hitam..tq
![]() |
Bibik yang melarikan diri |
Bibik ini larikan diri sehelai sepinggan dan hanya membawa sedikit wang dan passport.
Sekarang dalam usaha untuk matikan premitnya di Jabatan Imigresen.
Alhamdulillah, tiada kehialangan sebarang harta benda.