Water Theme Part Best Western Prima Inland Sea Resort, Port Dickson

Bermalam satu malam di Best Western Prima Inland Sea Resort, Port Dickson. Apa menarik kat sini sebab water park.. biar pun tak ada macam-macam, tapi kira okeylah..anak-anak suka sangat. Bilik penginapan jenis apartment style. Ini bilik yang kami dapat. Dari katil, TV nampak belakang, tapi kami kasi tukar..siapa nak tengok belakang tv nya.

bilik best western prima inland

TV arah belakang sebab set kerusi ada depannya.

Kira macam dapur..tapi tak boleh masak pun.

Mana-mana hotel pun ada teh dan coffee..selalu tak cukup adalah gula.

Anak-anak tidur bawah…dapat extra bed..

View dari bilik…cantikkan…time ni panas berdeting..

Tiara Beach Resort

Tempat ini dulu adalah Tiara Beach Resort sekarang Best Western dah ambil alih. waktu kami ni, tengah buat renovation. petang-petang tak dapat rest sebab bunyi bising dari mesin dan ketukan dinding. malamnya tenang tanpa gangguan.

Dari tingkat 5, tingkat paling atas dan view ke arah kolam renang. memang puas hati. cuma servis agak lambat..minta ion hampir sejam tunggu. line telefon rosak dan rancangan TV 3 langsung no signal. frust tak dapat tengok cerita hindi Hamara Dil Aapke Paas Hai.

About emarieys

Ema has written 1257 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

emarieys

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

View all posts by emarieys →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge