Aqeel Azwa Mr Ery Parenting Travel

Best Room – Lotus Desaru Beach Resort

First time dapat bilik semewah ini..bagi kami sangatlah mewah yea. Dapat pula tingkat paling atas dan view pantai…so very the jakun (abaikan english language ini) kami semua. biasalah asal dari kampungkan.

Ini bukan bilik kami yer..ini sebelah bilik kami..sebelah kanan no genap sebelah kiri no ganjil. so, bilik kami sebelah dari bilik no ini..pandai-pandailah korang mengira..kata terror matematik.

Nak masuk ke bilik, awal-awal dah terkena card reject..kaler merah..pintu tak boleh buka. Kebetulan ada staff housekeeping di situ. Dia yang buka pintu dan staff yang lain tukarkan kad baru. Anak-anak masuk bilik terus berlari sana berlari sini..sibuk mengecheck apa yang ada termasuklah mamanya.

Dalam sampul kunci ada voucher makan, kad pool tower dan tag masuk waterpark..eh3x dah nampak pun nombor bilik tu.

Buka pintu jumpa ruang tamu, ada sofa, peti ais, microwave, tv..laaaaa, kenapa nak dicerita tengok gambar pun korang tahukan.

Katil di tingkat atas. Dalam bilik ada tangga. Panjat tangga jumpa katilnya…sungguh enak beradu di atas sana…

Di bawah ada bilik air di atas pun ada bilik air. Bilik air atas agak besar siap ada tab mandi bagai. Bukan main seronok anak-anak berendam di dalam tab.

View from upstair… korang boleh agak tak ketinggian bilik dengan ruang tamu ini. Kena berhati-hati nak turun tangga.

Apalagi reaksi anak-anak. Di rumah tak ada tangga nak dipanjat. Di sini memang tak lepaskan peluang melepak atas tangga.

Sekian

About emarieys

Ema has written 1151 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

PTT Outdoor
0 Shares

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge