Speechless. Rezeki kami dan Allah permudahkan semuanya. Alhamdulillah.

Dapat juga bersiar-siar di Kota Dubai walaupun hanya beberapa jam sahaja.

Kalau Ema tak try, maka tak sampailah kami sekeluarga di depan Burj Khalifa.

Sebelum ini, Ema ada terbaca di blog yang mana mereka-mereka transit di Dubai akan pergi bersiar-siar kota Dubai. Masa itu, belum ada virus C0vid.

Masa di hotel, Ema cuba nasib contact beliau. Beliau ni ala-ala pemandu pelancong untuk rakyat Malaysia, Singapura mahupun Brunei.  Tidak berharap sangat sebab media sosial beliau pun dah lama tak update. Last post pun setahun yang lepas. Ema syak beliau dah balik Malaysia.

Tunggu mesej dibalas dan hampir tiada harapan. Kesian kat anak, terutama si kakaklah. Beria nak jalan-jalan kota Dubai. Nak naik teksi atau grab, tak tahu mana arah tuju. Yealah, tiada dalam plan langsung.

Rezeki kami sekeluarga.

Dapat replied mesej dari beliau. Alhamdulillah, beliau sudi bawa kami. Sejak C0vid ini, memang beliau stop dulu bawa orang. Yealah, mana buka lagi untuk pelancong dari Malaysia. Beliau pun dah ada kerja tetap di sana. So, selepas waktu kerja baru beliau free. Kami tak kisah pun, janji dapat juga kenal kota Dubai ni.

Ema pun tak sure beliau akan teruskan kerja ini atau tidak. Tapi korang boleh cari beliau di facebook atau instagram atas nama kakijalan.dubai.

Kota Dubai Tidak Pernah Tidur

check-out hotel lebih awal.

Banyak tempat yang boleh pergi. Tapi sebab kami pun tak tahu nak pergi mana. Terpulang pada beliau nak bawa mana.

Janji dapat tengok Burj Khalifa pun dah okey sangat.

Antara tempat-tempat yang dibawa pergi adalah Palm Island, Dubai Mall dan Burj Khalifa.

Bila jalan-jalan dengan orang Malaysia ni seronok lah bercerita.

Palm Island. Pulau berbentuk pokok Palm. Kalau dari atas kapal terbang akan nampaklah bentuk pokok palm.

Kat darat ni, boleh agak-agak lah.

Teruja tengok bangunan-bangunan yang dibina. Memang eksklusif sangat.

Tapi itulah pemandangan memang kabur…negara berpasir kan.

Aquarium sepanjang 51 meter, lebih 300 Jerung dan Pari hidup dalam tangki ini, termasuk salah satu koleksi Jerung Harimau Pasir terbesar di dunia.

Rangka dinosaur dalam Dubai Mall. Adakah rangka sebenar?

Ya, rangka dinosaur di hadapan ini adalah nyata dan lengkap,

.

.

.

Burj Khalifa depan mata. Bangunan paling tertinggi di dunia.

Orang sangat ramai di sini menantikan The Dubai Fountain. Air pancut koreografi terbesar di dunia. Ia memancarkan air 150 m (500 kaki) ke udara, diiringi dengan rangkaian muzik Arab klasik hingga kontemporari dan lain-lain.

Dari petang sampai ke malam kami berjalan. Puas hati sangat.

Kalau ditanya mahu pergi lagi. Jawapannya mestilah YES.

Ada banyak tempat lagi untuk dilawati.

Negara kaya raya, jenayah pun tiada. Sebab apa, denda kesalahan tidak berbaloi dengan kecurian yang dibuat.

Walaupun tertinggal barang di satu tempat, akan jumpa di tempat yang sama.

Okey, Dubai ✔.

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *