Bercanda Tepian Sungai

Salam Semua!!!

Bercanda di tepian sungai yang berkurun lamanya…taklah lama sangat..sebulan pun belum lagi..punyalah banyaknya ketinggalan nak berentri aktiviti yang kami buat…

Al-kisahnya, ini perancangan last minute..kenapa yer..bila last minute rancang akan jadi..bila yang rancang berbulan-bulan susah nak menjadi…. asalnya dah nak cancel malam sebelum gerak sebab salah seorang anak kawan yang join tak berapa sihat…tapi pagi esoknya, telefon ringing terus tanya jam berapa nak pergi…

Kelam kabutlah kemas baju…sempat buat sandwich jer pun..dan sempat juga beli ikan kat NSK. Ema dah lupalah nama sungai yang kami mandi ni…tempatnya sebelum sampai ke sungai congkak…dari jalan besar masuk simpang belah kiri..masuk ke dalam sikit..ada jumpa simpang kecil dan ada resort yang tidak dijaga dengan baik..hah, kat situlah…korang faham tak?…buat-buat faham jerlah…meh layan gambar kami bermandi manda kat sana… kami tu tak termasuk ema tau.

Paling teruja nak mandi mestilah anak-anak

Penat main air..perut pun lapar..bersungguh-sungguh mereka berdua makan nasi yang dibawa oleh keluarga kawan mr.ery

Hotdog terbakar kulit…kasi buanglah yang hangit tu

Puas mandi..puas makan… lena atas riba mama

Sedap betul mereka berdua tidur..

Lama juga kami bercanda kat sini…sampaikan mereka puas hati dapat mandi…menyesal juga tak mandi sama…lain kali akan datang lagi.

Harap sungai ini akan dijaga sebaik-baiknya.

Nak cuba Corset Premium Beautiful ?

About emarieys

Ema has written 1254 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

emarieys

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

View all posts by emarieys →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge