Tahun ini berpeluang beraya sehingga ke Kuala Berang. itupun hari raya yang ke-4. beraya ke rumah pakcik belah mom. my mom ada empat beradik dan pakcik yang kami panggil ayah ngah satu-satunya anak lelaki dan tinggal jauh sikit. yang dua kakak my mom hanya tinggal di Jerteh. my mom saja yang tinggal di Kelantan. tapi ke kampung kakak my mom hanya setengah jam je.

Nama Kampung Pelik-Pelik

On the way ke rumah pakcik ni memang akan jumpa nama kampung pelik-pelik. paling glemer nama peliknya adalah nama KAMPUNG IMAM LAPAR dan ke depan sikit KAMPUNG NASI DINGIN.

Dari cerita yang aku dengar suatu ketika dahulu terdapat seorang Imam yang mempunyai tabiat buruk suka meminta nasi kat orang kampung. Kalau tempat aku dipanggil hemoi yakni jenis  muka tak malu. Oleh kerana kampung ini tak bernama maka diletakkanlah nama Kg. Imam lapar.

Tabiat buruk imam lapar ini telah menimbulkan rasa  tidak senang di hati sebahagian penduduk kampung lalu mereka mintak pertolongan kepada penduduk kampung berhampiran (juga belum bernama) untuk membantu mereka menghentikan tabiat buruk Pak Imam itu.Lalu  mereka mencadangkan agar Pak Imam di Kg Imam lapar berkunjung pula ke kampung sebelah kerana kununnya di kampung sebelah banyak makanan yang boleh di makan. lalu Imam itupun bersegera pergi meninjau. Tanpa di sedari kedua-dua kampung ini telah berpakat untuk mengenakan imam lapar ini.

Tanpa imam itu sedari salah sebuah rumah penduduk telah menyediakan nasi semalam untuk dihidangkan pada Imam yang lapar itu. Apabila Imam itu makan sahaja  perutnya terus memulas sehingga tercirit birit dan kerana malu Imam itu terus melarikan diri ke Kampung lain dan selepas itu tidak ditemui lagi. Maka kampung  yang tak bernama itu dinamakan pula sebagai Kampung Nasi Dingin.

Kredit di SINI

Walaupun nama kampungnya pelik-pelik..yang pelik itu ada sejarahnya kan.

posing di rumah ayahngah
kalau boleh hari-hari nak pakai dress ni
my little boy yang semakin notty
Sebilangan keluarga my mom. kakak sulung yang tak ikut.

Kami beraya tapi tuan rumah berpuasa..huhuhu.. punyalah jarang sekali jumpa. masa sampai kat sini, ada dua orang budak perempuan (baju putih dan tudung hitam) bersalam. dalam fikiran ema “siapa mereka ni”. rupa-rupanya dia anak kak long muna (sepupu baju merah).. dah anak dara.. hampir tak cam. dapat berjumpa dan beraya di rumah pakcik padahal satu kampung…huhuhu.

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *