Selamat hari raya. Masih mood beraya lagi kan. Dan masih ada yang bercuti pun. seronoknya cuti panjang. Kalau beraya di kampung memang syok habis. Nak kembali bekerja pun malas.
Beraya di Kuala Lumpur
Beberapa hari tak update blog bukan bermakna cuti panjang. Tapi mood nak menulis di blog tak ada. Ini pun paksa memaksa diri untuk menulis. Ingin menulis mengenai suasana beraya di Kuala Lumpur ini bagaimana. Walaupun ada jiran di sebelah yang asalnya dan beraya di KL setiap tahun tapi susananya agak berbeza dengan kampung. Sesunyi manapun beraya kali ini tapi kami tetap beraya dengan pakaian beraya dan bersalam-salamaan antara kami empat beranak.
Yang kelakarnya, selepas mengambil gambar terus tukar baju. Mr.ery terus pergi ke tempat kerja dan kami tiga beranak pergi beraya rumah pengasuh aqeel.