berada di Trauma dan Kecemasan, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) jam 2:00 pagi….

selepas ke SINI

balik rumah..aqeel terus tidur
tapi bila tengok badan aqeel macam menggigil
pegang kepala panas…tubuh panas…tapi kaki sejuk

langsung tak mahu aku berganjak dari sebelahnya
asyik nak susu badan saja

jam 1.00 pagi, mr. ery sentuh tubuh kecil aqeel
rasa amat panas sekali… tubuhnya ada kesan merah seperti kepanasan dalam
terus bangkit….bergegas bersiap ke PPUM

terpaksa tinggalkan azwa kat rumah FIL
risau kalau aqeel syafiq kena tahan kat wad

terus masuk ke Trauma dan Kecemasan PPUM
terus ke klinik Pediatrik..klinik kanak-kanak

misi timbang berat badan…ambil tekanan nadi…check suhu badan
suhu meningkat dari 36c kepada 39C

doktor suruh buka baju dan seluar
aqeel diberi ubat ikut bontot
doktor dan misi basahkan kapas dan lapkan badan aqeel
untuk turunkan suhu…time nie aqeel dah nanges habis

“ma…jom lik”.

balik mana

“lik mah”
aku diminta untuk tunggu saja kat situ
nak tunggu suhu badan aqeel turun atau tak

Alhamdulillah, badannya dah semakin sejuk

tapi doktor nak check lagi
guna stethoscope
doktor rasa something

doktor minta buat x-ray pula
pergi ke bilik x-ray
tapi hanya salah seorang saja yang boleh masuk
so, aku suruh mr. ery yang bawa aqeel

tak lama tunggu…dapat result x-ray aqeel
paru-paru aqeel ada jangkitan
dan pada x-ray tu boleh nampaklah sebelah kanan parunya tak clear
kalau x-ray aqeel clear…kemungkinan darah pula akan diambil

aqeel tak kena tahan wad
doktor berikan ubat demam dan antibiotik

Alhamdulillah bangun pagi tadi dah ceria semula
cuma masih ada lagi sisa suhu panas badan dan kahak

kalau anak demam panas..cepat-cepat bawak ke hospital
takut nanti anak boleh kejang…

terima kasih pada doktor dan misi yang bertugas pagi tadi

charge rawatan dan ubat : FREE

About emarieys

Ema has written 1144 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

PTT Outdoor

emarieys

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE