Loading...
EventIklan

Bengkel Lam Soon Naturel Organic Extra Virgin Olive Oil

As Salam Semua!

Masih ingat entry anak-anak ema berpakaian macam chef tu?

Now, ema nak story pengalaman pertama kali ema sebagai blogger menghadiri bengkel Naturel Organic Extra Virgin Olive Oil bertempat di Senses Restaurant, Hilton Hotel Kuala Lumpur.

Bengkel ini akan menunjukkan cara-cara membuat roti dan memasak sarapan pagi yang berkhasiat bersama Chef Michael Elfwing, Chef de Cuisine yang pernah memenangi anugerah terkenal dengan penggunaan produk organik dalam kelas masakannya, serta berkongsi interaktif bersama pakar dietetik, Cik Indra Balaratnam.

Minyak Zaitun ‘Extra Virgin’ Organik Naturel diperbuat dari buah zaitun yang ditanam secara organik, dan kemudiannya menjalani proses tekanan untuk mendapatkan pati minyaknya. Minyak ini bermutu tinggi kerana ia diperolehi dari proses tekanan sejuk yang pertama. Kaedah ini memastikan ciri-ciri berkhasiat Minyak Zaitun ‘Extra Virgin’ seperti polifenol dan Vitamin E dikekalkan sebanyak mungkin.

Banyak kebaikan dengan minyak zaitun ‘extra virgin’ organik dalam masakan antaranya ia memiliki rasa dan aroma yang enak dan berbuah, mengandungi asik lemak monotidaktepu, iaitu salah satu komponen penting untuk kesihatan jantung kerana asid lemak monotidaktepu ini tidak akan menyumbatkan arteri jantung. Malah diet seharian yang kaya dengan antioksidan boleh mencegah keradangan sel-sel dalam arteri dan memperlahankan proses pembentukan plak.

Malah, Minyak Zaitun ‘Extra Virgin’ Organik Naturel ini juga diperbuat dari buah zaitun Sepanyol yang bermutu tinggi. Buahan ini ditanam, dutai dan diproses mengikut piawaian pengeluaran organik. Ia diiktiraf 100% organik oleh pihak USDA.

Ini adalah antara menu yang telah ema belajar di sana

dan ini minyak zaitun ‘extra virgin’ organik untuk diminum begitu saja

Untuk pengetahuan semua, sarapan pagi adalah waktu makanan yang paling penting adalah harian. Untuk berdiet pun, semestinya kena bersarapan pagi tau.

So, para ibu-ibu pastikan anda sediakan makanan yang sihat dan mudah untuk anak-anak anda.

About emarieys

Ema has written 1178 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE