Bisnes Perkhidmatan Review

Bengkel Fotografi Bersama Adhadi Mohd Anjuran KBBA

Bengkel Fotografi bersama Adhadi Mohd anjuran Kelab Blogger Ben Ashaari. Bila KBBA maklum ada bengkel fotografi di Agrofarmstay Resort, Melaka cepat-cepat bagi nama nak join. Pasti tak akan lepaskan peluang ini lebih-lebih lagi dapat timba ilmu dengan bro Adhadi Mohd. Ekceli, ini kali kedua Ema belajar fotografi dengan Bro Adhadi. First, belajar shoot gambar outdoor di Taman Tasik Perdana tahun 2011. Masa tu, baru berjinak-jinak dengan DSLR, pakai nikon D60.

Walaupun pernah belajar, ilmu itu tetap perlu dicari tanpa jemu. Lagipun tugas mengambil gambar salah satu tugas tambahan bila Ema outstation. Sebagai sekretariat kursus, Ema perlu ambil ‘group photo’, gambar dalam kelas, gambar lawatan, gambar peserta dan sebagainya. Jadi, inilah peluang untuk belajar teknikĀ  mengambil gambar yang betul. Ada juga sekali sekala ambil gambar kahwin, itupun bila balik Kelantan dan mom tak cukup ‘wedding photographer’.

Di sini, kami diajar cara mengambil gambar potret, gambar produk, apa itu bokeh, background, posisi, pencahayan, kawalan kamera, ISO, Aperture, Shutter Speed dan cara untuk dapatkan gambar terbaik. Pakai kamera DSLR, tapi letak kawalan kamera dekat auto, sangat merugikan laa tak guna kawalan dan fungsi pada kamera yang ada kan.

Teknik pencahayan yang betul.

Mereka yang duduk jauh dan susah hati tak dapat belajar fotografi dengan Bro Adhadi Mohd, janganlah menangis bucu katil pulak. Bro Adhadi Mohd ada sediakan CD pembelajaran mengetahui secara asas tentang fotografi, photoshop dan lightroom.

Isi kandungannya mudah untuk difahami. Ini antara contoh yang ada di dalam CD. Nak tunjuk dua jer, nak lebih kenalah dapatkan CD dari Bro Adhadi Mohd. Belanja sikit untuk ilmu berkat tau.

Bagi yang berminat untuk belajar tentang fotografi boleh join Kursus Asas Fotografi yang dijadualkan pada bulan Januari dengan harga yang berbaloi. Boleh hubungi Bro Adhadi Mohd melalui Facebook dan Instagram atau layari blog beliau Adhadi.com

About emarieys

Ema has written 1158 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

PTT Outdoor

You may also like...

2 Comments

  1. Seronok belajar dengan Adhadi Mohd… banyak juga ilmu diserap Alhamdulillah
    bonde zaidalifah recently posted…KALAU TAKUT TERSADAI TEPI JALAN, BAIK BACA TAKLIMAT DARI POLYTRON MALAYSIA NIH…My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge