Assalamualaikum. Tengah bercuti ke tu? Maklumlah cuti panjang minggu ni kan. Dari bosan tak ke mana-mana apa kata jom follow MamaEma. Tapi ke mana? Sebelum tu, layan video di bawah dulu…lepas tu subscribe terus. Eh.

Okey, dah tahukan MamaEma ke mana. MamaEma dan anak-anak ke Himalaya Wellness Boutique nak cari produk penjagaan harian dan kesihatan. Tak sangka pula banyak juga produk yang ada di sini. Lebih-lebih lagi produknya adalah halal dan diperbuat dari tumbuh-tumbuhan herba…100% herba. Ini bermakna tiada pengawet tiada bahan kimia. Itulah yang terbaik bagi penggunaan produk yang akan kita gunakan.

Dengan 3 orang askar-askar MamaEma ni, masing-masing memilih nak itu dan ini. Jangan korang tak tahu, produk yang dijual di sini sesuai untuk semua umur yea. Macam kakak Azwa nak pencuci muka yang sesuai dengan usianya 11 tahun. Abang Aqeel pula nak shampoo dan Ayra terus ambil ubat gigi. MamaEma pula cari moisturizer. Kulit MamaEma ini jenis kering jadi kena selalu pakai pelembap.

Moisturizer Best

Himalaya Wellness Boutique

Memandangkan rumah dekat dengan Midvalley, so MamaEma pergi di cawangan Midvalley. Lagipun cawangan kat sini, tak luas sangat…anak-anak bolehlah MamaEma kawal. Lain-lain cawangan Himalaya Wellness Boutique ada di Sunway Piramid, KLCC, Mydin USJ dan Setapak Sentral. Ada pelbagai jenis produk penjagaan harian samaada untuk rambut, muka semuanya lengkap dan juga produk kesihatan dalaman dan luaran seperti supplement. Kiranya untuk satu badan, beli terus di Himalaya Wellness Boutique sahaja. Tak perlu susah-susah pergi ke satu-satu kedai lain. Senangkan. Kalau korang ada masalah untuk susu badan, boleh cuba supplement Shatavari Ekstrak Asparagus. Memang sangat-sangat membantu lebih-lebih lagi kepada ibu muda yang pertama kali menyusukan anak.

MamaEma risau juga nak bagi kakak Azwa pakai pencuci muka dengan usia muda. Takut tidak sesuai, dan kulit muka akan rosak. Tapi selepas diterangkan oleh  juru penasihat produk kat situ, MamaEma rasa lega. Sememangnya, kakak Azwa perlu pakai pencuci muka untuk elak muka dari naik jerawat lebih awal. Disebabkan selalu ada aktiviti sekolah dan dengan cuaca agak panas sekarang ni, kulit kakak Azwa jadi gelap dan berminyak. Dah mula naik biji-biji halus di muka. Bagus sangat bila adanya juru penasihat ni, apa-apa kemusykilan boleh terus bertanya kepada mereka.

Pernah minum cuka epal tak? Yang ini lain sikit, bezanya cuka epal dari Surya Malaysia ada penambahan dengan madu asli. Kelebihannya membantu merendahkan paras glukosa darah, melambatkan pengosongan gastrik dan membantu merendahkan glukosa darah dan insulin. Cuka epal dari Surya ni boleh diminum dengan air sejuk tau. Memang sedap, sampaikan tak cukuplah. Dah habis pun yang ada di rumah tu. Nak beli buat stok, tapi tiada pula di Midvalley hanya ada di Himalaya Wellness cawangan Sunway Piramid, Mydin USJ dan Setapak Sentral sahaja.

Kelebihan Membership

Dengan pembelian RM100 ke atas, secara automatik terus jadi ahli. Tiada tarikh tamat tempoh. Kira seumur hiduplah. Lagi lah best. Dahlah terus jadi ahli, pembelian selepas itu dapat pula diskaun 15%. Jimat dan berbaloi-baloi. MamaEma suka. eh, korang pun pastilah suka. “ala..Himalaya tak ada pun kat negeri kami, macam mana nak beli”. Jangan pula korang bersedih, walaupun tak ada butik Himalaya Wellness di tempat korang, boleh dapatkan secara atas talian atau online di Lazada atau 11 street. Nak lebih mudah dan lebih details layari:

Facebook : www.facebook.com/HimalayaHealthcareMalaysia

Instagram: www.instagram.com/himalayamalaysia

 

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

4 Replies to “Beli Produk Penjagaan Harian dan Kesihatan di Himalaya Wellness Boutique”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *