Lama dulu… selalu pegang kamera DSLR, ambil gambar di majlis perkahwinan orang. Kerja part time dengan my mom yang buat bisnes butik pengantin. Sekarang, dah malas nak pegang kamera DSLR..alasannya besar gedabak dan berat…hehehe..baik punya alasan… Mana-mana pergi event paling senang bawa smartphone jer.
Kamalia Kamal Nama Sebenar
Kenal Kamalia Kamal? Kak Kay? Photolicious? Ramai tak kenal pun Kamalia Kamal dan Kak Kay. Tapi bila sebut Photolicious, “oooo, tahu” orang yang selalu mengambil gambar-gambar new born anak-anak selebriti. Kamalia Kamal atau dikenali dengan nama Kak Kay ini adalah pengasas kepada Photolicious. Sedikit latar belakang tentang Kak Kay yer. Kak Kay terlibat dalam bidang fotografi sejak melanjutkan pelajaran di University of Arizona, Amerika Syarikat pada tahun 2006. Pada awal penglibatan dalam bidang fotografi, Kak Kay hanya menjual gambar di internet sahaja.
Balik Malaysia, Kak Kay mengambil foto studio dan bergerak ke majlis perkahwinan dan terus membina 15 kumpulan jurugambar sehingga sekarang. Selebriti yang pernah menggunakan perkhidmatan foto Kak Kay seperti Fahmi Che Mat (pemain bola Malaysia), Ashraf Muslim, Black Mentor, Bienda, Diana Amir, Eina Azman, Datuk Seri Aliff Syukri, Rita Susilawati, Datuk Seri Vida, Rebecca Nur Islam, Norman Hakim, Stacy dan ramai lagi.
Sebelum ini, aku tak pernah bersua dengan Kak Kay, aku mengenali Kak Kay pun sebab menang contest komen di facebook pasal ‘datin’ kesayangannya. Tapi hari ini, aku beruntung dapat ilmu dari Kak Kay sempena Bengkel Videofon anjuran KBBA9.
Bengkel VIDEOFON KBBA9 Bersama Kak Kay
Sehari sebelum bengkel aku bagi nama untuk sertai. Nasib baik sempat, kalau tidak memang sangat rugi. Jalan banyak ditutup pada hari berkenaan, hari ‘free car’ agaknya. Berpusing-pusing untuk cari laluan yang boleh masuk ke MaTIC, lokasi yang menjadi pilihan komuniti KBBA9 setiap kali mengadakan bengkel dan ini kali-3 untuk tahun ini.
Kiri kanan geng IPhone
Dalam bengkel ini, bukan sahaja belajar tentang VIDEOFON tapi banyak yang Kak Kay kongsikan pengalamannya sebagai seorang jurugambar wanita yang berjaya. Input yang aku dapat dari bengkel ini sedikit sebanyak dapat digunakan oleh aku sebagai blogger.
Tahu tak apa elemen yang paling penting untuk dikenali di laman sosial? Perlu ada personal branding di FB Personal, FB Fanpage, Instagram, Twitter, YouTube dan Blog. Perlu tingkatkan follower di laman sosial.
Sesi belajar VIDEOFON bersama Kak Kay separuh hari, memang tidak cukup. Perlu hadir ke kelas yang dianjurkan oleh Kak Kay. Nak plan dan cari tarikh sesuai untuk pergi kelas tambah ilmu. Aku perlu belajar lagi tentang VIDEOFON dan FOTOFON yang mana dua perkara ini sangat penting pada masa sekarang. Hanya dengan menggunakan handphone, teknik yang betul, aplikasi yang betul akan menghasilkan gambar dan video yang menarik tanpa sebarang kos yang mahal.
Tidak berkesempatan untuk hadir kelas, tidak perlu risau sebab Kak Kay ada mengeluarkan eBook FOTOFON. Segala ilmu dicurahkan ke dalam eBook tersebut.
Terima kasih pada Bro Ben Ashaari, AJK dan komuniti KBBA9 yang telah berjaya menganjurkan bengkel VIDEOFON ini dan terima kasih kepada Kak Kay yang bagi ayat-ayat sentap bagi menaikkan semangat untuk bertindak sekarang jika hendak berjaya.
Follow Kak Kay di laman sosial:
https://www.facebook.com/kamaliakamal
https://www.facebook.com/belajarfotofon
Setuju Ema… Memang tak. Puas separuh hari belajar ngan Kak Kay.
Tapi tips² videofon yang beliau curahkan sangat bermanfaat tuk kita yang hadir.
Terima kasih KBBA9!
Betul kata Ema, walaupun separuh hari, tapi ilmu yang dikongsikansangat bermanfaat untuk kita..
Betul, seronok kelas yang diadakan ni. Serius banyak gila ilmu.
Haral kbba ada buat lg. Hehe
A ah, rasa tak cukup belajar setengah hari je. Rasa nak belajar lagi dan lagi 🙂
rebut ilmu yang diberikan selagi boleh !!