Handbag Percuma.
apa punya kakak lah macam ni. bukan kakak si anak dara aku tu. tapi kakak untuk diri aku ni. yealah, punyalah dah lama handbag ni aku dapat dari pemberian si angah (adik no-2) barulah nak citer kat sini. hehehe..sian kat ko erkh..macam aku tak menghargainya pulak.
hah, sekarang dah masuk dalam blog aku ni. so dah glamourlah. iye dop?. handbag ini sebenarnya untuk dijual. tapi biasalah aku, bodek sikit dapatlah free. kalau korang nak, kenalah beli erkh… ngeh3x… pelbagai jenis handbag ngan purse yang ada. tapi tak sempat nak ambik gambarnya. lagipun dah banyak yang sold-out.

aku saja ambil yang besar. senang nak masukkan pampers dan botol susu anak-anak aku ni. tak perlu lagi bawa beg lainkan. beg make-up pun aku boleh masukkan sekali ko. senang keje, satu beg saja ke mana2. tapi idaklah pampers sampai 10 keping ko. setakat satu dua keping cukuplah.

Handbags
Bungkusan kertas pun tak tanggal lagi…terima kasih banyak kat adik aku tu. lain kali kakak mu ini minta lagi…he3x…

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *