Restoran 10 Binjai PNB Perdana & Suites on the Park

3 hari masuk puasa dah makan di luar. Alhamdulillah ini tanda rezeki dari Yang Maha Esa untuk hambanya.Ralat jugalah sebab kurang seorang ahli keluarga iaitu kakak Azwa. Tahun ini tak dapat bawa kakak sekali dan tahun depan aku pula tak dapat lagi nak hadiri jemputan seperti ini. Lepas ini, rezeki orang lain pula.

Konsep Bazar Perdana di Restoran 10 Binjai

Ini kali kedua dapat jemputan dari PNB Perdana Hotel & Suites on the Park tapi kali pertama makan di Restoran 10 Binjai. Sebelum ini di Restoran 39. PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Kuala Lumpur menampilkan kelainan untuk berbuka puasa pada tahun ini dengan membawa suasana meriah bazar Ramadan.

Tema Bazar Perdana, Restoran 10 Binjai yang berkonsepkan suasana santai telah diubah menjadi bazar. Restoran 10 Binjai menampilkan gerai-gerai bazar Ramadan yang unik buat para pengunjung bagi merasai suasana seperti berada di bazar Ramadan yang sebenar.

Sajian bufet beraneka citarasa dengan variasi sebanyak 188 hidangan masakan tempatan yang menjanjikan pengalaman berbeza untuk semua tetamu.

Restoran 10 Binjai turut menampilkan beberapa jenis signature dish sempena Bazar Perdana ini terdiri daripada Sup Berempah Binjai, Kambing Golek, Apam Balik, Satay, Aiskrim Goyang, Ais Batu Campur (ABC) dan juga Murtabak Cheese. Antara hidangan di dalam restoran:

kupang masak merah berapi

Bahan untuk ABC pun dah banyak pilihan apatah lagi hidangan utama kat sini. Ambil gambar jer, baru teringat aku tak rasa pun. Yealah, dah aku lebih utamakan hidangan di luar restoran jer…hehehe.

Susah nak jumpa kuih tradisional yang sedap tau. Tapi, terus terang aku cakap kuih tradisional kat sini memang sangat sedap. Paling aku suka kuih ketayap yang mana isi kelapa nya penuh dan cukup manis dengan air gula melaka nya… berulang juga makan.

Di luar Restoran 10 Binjai

Di luar restoran untuk hidangan BBQ dan goreng-goreng. Menjadi salah satu tumpuan tetamu kat sini lebih-lebih lagi pergi serang di bahagian kambing bakar itu.

roti john yang gebu

melting tengok gulai kawah

gulai kawah yang sedap

“sabar abang..sabar abang…sikit masa jer lagi…mama tahu kamu telan air liur tu.. “

aiskrim goyang hilang rasa haus

Apa yang kami makan

Ini antara hidangan yang kami makan. makan itu kena slow-slow lah..kasi turun betul-betul barulah rasa nikmat makanan. tak gitu. sampai sana lupa terus pasal nasi…hanya makan lauk jer…

Jangan risau pasal HALAL. PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Kuala Lumpur yang berkonsepkan syariah islam sememangnya telah diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sejak tahun 2007 lagi. Jadi sudah pastinya status halal itu merupakan satu perkara yang tidak perlu dicurigai kerana menerima pensijilan syariah sepenuhnya daripada JAKIM.

Setiap hari sebelum waktu berbuka, akan ada mereka yang dijemput untuk membaca Al-Quran dan seterusnya azan maghrib. solat maghrib dan tarawih juga disediakan di tingkat 5.

Harga Pakej

Restoran 10 Binjai
Harga Promosi: RM80.00seorang
Harga Biasa: RM98.00seorang
Tel: 03-7490 3838

Restoran 39
Harga Promosi: RM100.00seorang
Harga Biasa: RM135.00seorang
Tel: 03-7490 3939

Instagaram: @pnbperdanakl

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pnbperdanaonthepark.com

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

2 Replies to “Bazar Ramadan di Restoran 10 Binjai, PNB Perdana Hotel & Suites on the Park”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *