Dalam masa 3H 2M berkursus di Selesa Beach Resort sempat lagi bermalam di Bayu Beach Resort Hotel Port Dickson pada malam kedua.
Kisahnya, Mr.Ery dan anak-anak pun datang ke Port Dickson bersama keluarga mertua dan ipar duai. datang ke sana untuk bawa anak-anak mandi pantai. anak-anak punyalah excited lebih-lebih lagi si azwa yang terus call ema…
kakak : mama, mama tahu tak kakak pergi mana?
mama : pergi mana?
kakak : kakak pergi PD..best..
mama : mama pun kat PD jugalah kakak..
kakak : mama kat mana?
mama : kakak kat tempat lain…mama kat tempat lain.
Jarak antara tempat kursus tak jauh hanya selang satu resort sahaja. tapi nak jalan kaki menyusur pantai tak dapat sebab berlekuk.
Di Selesa Beach Resort style hotel..punya bilik-bilik..tapi di sini style apartment..tapi ema pun tak tahulah samaada kat sini ada tak style bilik-bilik macam hotel..tapi namanya ada sebut hotelkan…mereka sewa apartment dua bilik.
Semalam, ada seorang follower komen yang dia dah merasa di bayu beach ini..katanya syok…
Memang syok laaa….
Tengoklah aksi bapak-bapak mithali yang melayan anak-anak mandi kolam.
Pagi ahadnya..diaorang seronok mandi pantai.
Kena timbus oleh tok bah.
Pasir pantai kat sini halus dan cantik..
Aqeel dan Amsyar yang sebaya..beza sebulan saja.
Seronok bercuti di Port Dickson.
Tentang penginapan tak perlu risau..memang banyak..