Loading...
Ayra

Sebamed Atasi Kulit Sensitif

kulit sensitif

Kulit sensitif sangat anak ketiga ni. Cepat naik merah-merah bila panas dan udara yang kotor. Tak boleh pakai sebarangan mandian bayi. Lampin pakai buang pun sama. Terpaksalah cari mandian yang sesuai dan sebamed jadi pilihan.

Hah ambik, terus ayahnya beli satu kotak mandian Sebamed. dalam tu ada botol besar dan botol kecil. Yang kecil tinggal di rumah pengasuh yang besar pakai di rumah. itupun pesan pada kakak dan abang, jangan usik mandian adik ni. hanya untuk ayra saja. Kejamkah? Mana tak kejam, bukan murah mandian sebamed ni. Harap dah besar sikit nanti, dah boleh pakai jenama biasa yer ayra.

Kulit ayra ni lain sikit dari kakak dan abangnya. Kalau dah digigit semut digigit nyamuk. tinggal kesan hitam macam berparut. padahal tak menggaru pun. Macam mana nak kasi hilang parut kat kulit anak yang masih bayi ni? Mak kata tenyeh jer dengan kulit pisang. Tapi mama zaman moden kalau boleh nak yang paling senang jer.

Anak korang ada masalah kulit sensitif tak? Macam mana korang selesaikannya.

 

 

 

About emarieys

Ema has written 1239 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

8 comments
  1. The Reluctant Shopper

    Anak sulung saya pun dulu kulit sensitif jg & asyik nak air-cond ja sepjg masa. Bila panas, keluar ruam. Waktu masi baby, kami letak drapolene sblm pakaikan lampin. Tapi lama2 ok jg, hilang sensitif tu. Time tu x tau lg tentang khasiat minyak kelapa.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge