Bawa masuk kereta persendirian ke Negara Thailand melalui Rantau Panjang, Kelantan. Baru-baru ni, Ema masuk negara Thailand dengan kereta persendirian. Kalau sebelum ini pergi bercuti ke Hatyai, sewa van. Tapi kali ni pergi atas urusan kerja di Narathiwat dan Yala.

masuk thailand 01

 

Cara-Cara Bawa Masuk Kereta ke Thailand

Cara-cara masuk Thailand dengan kereta persendirian senang saja jika dokumen yang diperlukan itu lengkap. Sebelum nak bawa masuk kereta ke Thailand, kita tengok insurans kereta kita ada tak perlindungan luar negara yang melindungi perjalanan kita di Thailand atau Singapura. Jika ada, selamat sikit perjalanan kita di sana jika berlaku kecemasan.

masuk thailand 03

Insurans Kenderaan Malaysia di Thailand

Nak buat insurans Thailand, dokumen penting adalah geran kereta asal atau salinan geran dan lesen memandu. Lebih baik bawa kedua-dua sekali. Pastikan tangki minyak kereta penuh sebelum masuk Thailand. Minyak di sana mahal. Lainlah korang pergi ronda-ronda satu Thailand, perlu juga isi.

masuk thailand 02

 

Step by step

1) Passport Malaysia (pastikan tarikh tamat perjalanan 6 bulan ke atas) atau Border Pass untuk orang Kelantan tapi terhad sahaja lokasi yang boleh pergi. Tak boleh pergi jauh-jauh.

2) Melepasi Imigresen Malaysia dan di Imigresen Thai, park kereta dan pergi beratur untuk cop masuk. Sebelum tu, kena isi white card / arrival card Thailand setiap orang. Bayar RM 2, kena lengkapkan semua. contoh nama hotel yang kita nak stay. Kalau tak tahu lagi mana nak stay, letak nama hotel apa pun. Asalkan nama hotel tu memang ada di Thailand.

thailand immigration form

3) Selesai cop passport, sebelah kaunter imigresen ada kaunter untuk beli insurans Thailand. Harga tak silap RM 25 untuk 9 hari, RM 35 untuk sebulan. Tunjuk geran kereta.

4) Surat kebenaran membawa masuk kenderaan akan diberikan. Bawa borang ke tempat pengesahan (ada orang ajarkan nanti dengan pelat siamnya). Bawa borang ke pegawai kastam Thailand dan akan disahkan. Satu salinan borang akan diberikan kepada tuan kereta untuk disimpan dan diserahkan kembali semasa keluar dari Thailand dan satu salinan pegawai kastam simpankan. Lepas dah dapat kebenaran dari kastam Thai. dah boleh bawa masuklah keretanya.

5) Bacaan Bismilaahirahmanirahim dan doa untuk kelancaran perjalanan.

6) Tukar duit baht samaada di Malaysia atau di Golok, Thailand. sejak kejatuhan RM, orang Thai dah tak nak terima duit kita lagi dalam urusan jual beli. sedih kan.

Ada baca di blog, kena sediakan duit kopi untuk imigresen dan polis thai jika kena tahan. Akan ada kesalahan yang akan mereka cari untuk kita bayar pada mereka. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan lancer.

Di Thailand, lebih-lebih lagi kawasan Narathiwat dan Yala akan jumpa banyak roadblock sepanjang perjalanan… memang banyaklah… ada dijaga oleh askar..ada dijaga oleh polis. Di mana di kawasan Islam dan adanya keluarga siam, di situ akan ada roadblock.

masuk thailand 04

No traffic jem, jalan raya pun luas. pandu kereta pun rasa tenang walaupun di sana kawasan tengah bergolak.

 

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

2 Replies to “Bawa Masuk Kereta Ke Thailand”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *