Boleh ke nak bawa masuk kereta persendirian ke Langkawi? Jawapannya adalah boleh. Tapi nak bawa masuk ke Langkawi kena ikut prosedur. tidak sama seperti ke Penang hanya masuk kereta dalam feri.
Cara Bawa Masuk Kereta Ke Langkawi
Kalau Langkawi boleh contact syarikat yang menyediakan perkhidmatan kargo. Ada beberapa syarikat dekat Kuala Kedah seperti Pengangkutan Bersatu. Wantas Shipping dan Pertiwi Shipping. Ini pertama kali nak bawa masuk kereta ke Langkawi. walaupun untuk kereta pejabat tapi ia adalah sebahagian tugas aku di sana. First, aku contact Syarikat Wantas Shipping tapi aku tak berkenan sebab mereka tak mesra alam. Mungkin masa aku call dah hampir waktu makan tengahari, mereka lebih utamakan makan mereka dari menjawab pertanyaan aku. Mereka tak jaga bisnes mereka, aku cari syarikat lain. Aku pilih Pertiwi Shipping dan dengan segera aku dapat sebutharga. Bayaran untuk setiap kenderaan adalah berbeza mengikut kuasa (cc) kenderaan.
Jika korang nak bercuti di Langkawi hari Ahad, makanya kereta korang kena hantar hari Sabtu. Ia akan makan masa satu hari untuk dibawa masuk. Ia ada masa-masa tertentu. Mula-mula sekali kena booking sehari dan bawa geran original. Masa masuk pula sebelum jam 12.00 tengahari dan kereta korang akan sampai ke Langkawi jam 11.00 pagi hari esoknya.
Tapi aku tetap bawa kereta dan tinggalkan kereta kat padang sekolah berhampiran jeti Kuala Kedah. Aku rasa lebih selamat letak dalam kawasan sekolah dari tempat letak yang persedirian ini. sampai simpang dekat jeti kuala kedah, mulalah ada orang bermotosikal akan tanya nak parking kereta ke. tapi aku buat tak layan sebab aku dah plan nak letak kat kawasan sekolahkan. so, jawab sajalah dah ada…
Aku sampai di jeti Kuala Kedah, cuaca agak mendung. tengok awan pun aku rasa takut…tapi itulah ciptaan Illahi.
Naik Feri
Masa untuk berlepas dari Jeti Kuala Kedah ke Jeti Kuah beza setiap sejam bermula jam 7.00 pagi hingga 7.00 petang kalau tak silaplah. Harga tiket untuk dewasa RM 23 sehala dan kanak-kanak dari umur 3 hingga 12 tahun RM 17 sehala.
Elok sangat pergi awal pagi sebab ombak tak besar…taklah ada rasa pening nak muntah kena hayung dek ombak. Tapi masa aku naik feri jam 9.30 pagi, ramai yang tak tahan muntah lebih-lebih lagi yang dapat seat atas. ramai yang turun duduk kat bahagian tangga saja. kelam kabut orang feri carikan plastik. Cuma aku tak berkenan dengan cara susunan nombor seat. dapat tiket punya cantik nombor ikut turutan tapi bila dapat seat jauh-jauh.Alhamdulillah, anak-anak steady tak mabuk laut pun walaupun duduk dalam feri hampir 1 jam 40 minit.
Masa ini naik feri balik dari Langkawi. Tak balik ke Jeti Kuala Kedah tapi ke jeti Kuala Perlis. Bezanya, dapat seat atas, harga tiket murah dari Kuala Kedah dan perjalanan hanya satu jam. kedudukan seat pun sama tidak teratur.
Bertuah anak-anak semua tempat dan kenderaan dan mereka rasai.
19hb ni banyak dah penuh feri nak kelangkawi ni
Kereta Sewa Alor Setar recently posted…Kereta Sewa Murah di Johor Bahru
Lama dah tak ke Langkawi. Rindu la suasana tenang pantai dia.. Coklat dia..