Pantang cakap “esok, kita pergi Genting Highlands. tengok Smurfs” “smurfs tu apa mama?” “smurfs, kartun warna biru tu”. “Kita tengok wayang ke mama?” “Bukan wayang, tapi tengok live kat atas pentas”.
SMURFS Live on Stage
Di rumah anak-anak jarang sangat nak tengok cerita kartun bahasa inggeris, lebih suka layan kartun Melayu jer. Itu pasal tak berapa kenal kartun smurfs ni. Tapi bila sebut kartun comel warna biru tu, barulah tahu. Jom, bawa anak-anak korang pergi tengok The SMURFS sambil menyanyi bersama-sama. Anak korang pasti suka.
SMURFS THE SAVE SPRING, satu pengembaraan sakti smurfs yang perlu menyelamatkan musim bunga dari seorang lelaki sihir bernama Gargamel yang merancang untuk merosakkannya. Ada rumah-rumah hutan berbentuk cendawan dan latar belakang yang menarik. Adakah Gargamel berjaya memadamkan musim bunga ini untuk selama-lamanya? Korang kenalah datang ke sini,
Sambutan yang menggalakkan.
Persembahan selama 90 minit diselangkan dengan rehat 15 minit. Pertunjukkan ini bermula pada 26 Mei hingga 24 Jun 2018 jam 8.30 malam setiap hari Isnin hingga Sabtu dan jam 4 petang pada hari Ahad. Tambahan pada jam 4 peang akan berlangsung pada 15 dan 16 Jun 2018.
Harga Tiket The Smurfs Live On Stage
3 kategori harga tiket masuk The Smurfs Live On Stage – The Smurfs Save Spring’ di Resorts World Genting seperti RM176(VIP), RM136 (PS1) dan RM96 (PS2). Kanak-kanak di bawah satu tahun masuk percuma. Terdapat juga pakej bilik khas disediakan bermula daripada RM263 bersih dengan penjimatan sebanyak RM399.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi +603 2718 1118 atau layari wes
Bestnya… Tentu anak2 gembira…
wah bestnya..
besnye.. teringin nak join kt genting ni