Siapa yang tak pernah kena Covid19, memang spesis RARE lah yea…atau yang kena banyak kali lagi RARE.

Rare atau tidak, kenalah berjaga-jaga yer.

Kita pun dah nak masuk peralihan endemik. memang virus ini dah ada di mana-mana.

Kalau korang kat tempat Ema sekarang ni, jauh sangat dengan Malaysia.

Rakyat di sini memang bebas tanpa pemakaian facemask. Tapi statistik tidak tinggi seperti negara-negara lain.

Kadang musykil.. kadang terfikir mungkin Allah menjaga mereka di sini dari terkena virus.

Atau antibodi mereka kuat, pernah hadap pelbagai jenis penyakit di masa lalu.

Kalau tak ada virus, habis yang Ema kena ni dapat dari mana?

Baca : Pengalaman Kena Covid19 di Conakry

Batuk Berterusan

Walaupun badan dah sihat, tapi effect selepasnya sangat memenatkan.

Ema alami batuk yang berterusan.

Selepas kuarantin selama 14 hari tapi batuk tidak juga hilang.

Kadang malu dengan orang sekeliling bila mula batuk.

Pelbagai cara dah cuba.. makan bunga cengkih, telan madu, perah asam limau, makan ubat semua tak jalan.

Kalaulah di Malaysia, banyak cara boleh buat… Nak dapatkan macam-macam ubat senang, harga pun murah.

Kebetulan juga keluarga KC ada balik bercuti di Malaysia..so, Ema kirim ubat yang boleh melegakan batuk.

Tarikh Ema tahu positif covid,  tarikh itulah KC balik ke Malaysia..so, hampir sebulan tunggu untuk ubat sampai.

Kirim Cold Away dan Diffenz Eskayvie. Selain ubat, kirim sekali personal test kit.

Untuk Ema, sesuai Cold Away..hanya 1 kali 1 biji makan..terus hilang batuk. Diffenz Eskayvie tak sesuai dengan Ema tapi Mr Ery okey.

Lain-lain penerimaan dalam badan mungkin.

Alhamdulillah, sehingga hari ini sudah tiada batuk.

About emarieys

Ema has written 1334 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

Leave a Reply

Your email address will not be published.