Dah beli barang sekolah anak-anak? Tak lama lagi sekolah dah nak mula, tak sampai seminggu pun. MamaEma baru setel. Tahun ini, lagi sekali MamaEma pergi ke Longwan untuk beli barang sekolah. Sebab apa? Bagi MamaEma harganya agak murah dan berpatutan. Dulu pergi Longwan cari alat tulis semata, tapi untuk kali ini terus shopping baju sekolah kebangsaan dan agama, tudung, kasut, seluar sukan, stokin, alat tulis dan keperluan-keperluan lain. Beli satu tempat semua, puas hati.

Keperluan Sekolah di Longwan

Membeli di Longwan memang lengkaplah keperluan sekolah. Tak perlu nak pergi dua tiga tempat cari barang sekolah yang nak. Selain keperluan sekolah, pelbagai jenis pakaian, barangan plastik, hiasan yang ada di sana. Kiranya pasaraya umum jual macam-macam.

MamaEma share barang-barang sekolah yang MamaEma beli di Longwan. Total yang dihabiskan dalam masa 2 jam untuk dua anak yang bersekolah. Belum lagi bayaran buku sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Inipun ada yang dah beli awal dan beli online. Korang boleh bandingkan harga di tempat MamaEma pergi ni dengan yang lain. Mungkin akan ada yang mahal sikitlah kan. MamaEma dah survey baju sekolah di dua tempat, tapi di sini lagi murah dan kain memang best.

Menyenget bahu-bahu dengan anak-anak angkut plastik penuh dengan keperluan sekolah diaoranglah. Nampak macam banyak, lepas bawa keluar dari plastik..ini jer yang beli..hahahaha..

Barang Lama Semua Buang

Janganlah kecam pula, sampaikan semua barang sekolah lama MamaEma buang. Buanglah dah semua tak boleh dipakai. Kasut sekolah dah koyak dan tak muat. Baju sekolah pun koyak.. eh, koyak jahitlah… koyak tu bolehlah dijahit tapi singkatlah pula. Bertahan kakak Azwa pakai baju sekolah atas lutut, kain sekolah bawah pusat.. dahlah ketat. Untuk tahun depan belilah yang lain, termasuk Abang Aqeel..sekolah kebangsaan semua tukar baju warna biru dan kasut hitam. Dilantik pengawas Abang Aqeel tahun depan. Dua beradik nak kan kasut bertali. MamaEma ikutlah kehendak mereka berdua.

Gambar atas, kasut hitam pilihan Aqeel dengan harga RM25.90 jenama Repont USA dan bawah pilihan kasut kakak Azwa RM26.90 berjenama Edwin. Tak kisah pun pasal jenama, mana mereka berkenan harga pun okey..ambillah.

Kasut putih untuk sekolah agama Abang Aqeel. Harga RM23.90. MamaEma suruh ambil yang sarung jer..senang dan cepat. Kakak punya tak beli kasut putih. Dah ada sepasang kasut putih Mr.Ery beli tahun ini, tak pakai lagi sebab besar sangat. Untuk tahun depan dah muat, beli tali kasut jer…hehehe.. kasut putih paling murah RM5 jer. Tak ingat Mr.Ery beli kat mana.

Longwan Pilihan Hati

Baju pengawas untuk Aqeel, beli sepasang dululah anak. Tunggu tengah tahun tambah. Seminggu hanya 2 kali pakai uniform sekolah, lain hari pakai baju koko dan baju sukan. Harga untuk seluar RM19.90 dan harga untuk baju RM15.90 kain jenis koshibo.

Pertambahan sepasang baju sekolah agama untuk abang Aqeel. Harga RM34.90 sepasang. kain sama jenis koshibo. Mahal ke murah harganya?

Untuk kakak Azwa cuma belikan baju biru sehelai dan baju putih dua helai. Bukan sepasang. Tambahan tudung biru, tudung hitam dan anak tudung. Tak beli pun skirt biru dan merah sebab pakai yang ada, masih elok dan tokma nya dah jahitkan sehelai. Perlu tambah skirt merah lagi tapi tak beli di Longwan, merahnya lain sangat. Merah darah ikan…bukan merah menyala. Harga tudung hitam RM7.90, biru RM13.90, anak tudung RM1.20, baju putih RM18.90 dan baju biru RM20.90 jenis kain koshibo juga. Harga bergantung pada saiz. Anak dah besar pakai saiz 36.

Seluar sukan abang Aqeel saiz 30 (RM7.50).

Stokin hitam dan putih untuk dua beradik.

Alat tulis

Alat tulis beli sikit buat tambah yang mana dah ada. Kakak Azwa memang tak lepaslah dengan pensel picit. Botol air pun beli di Longwan (RM2.90 sebotol). Semua barang di bawah beli di Longwan kecuali kotak pensel beli di kedai RM2 saja.

Kali ini tak beli pun pensel warna. Tahun lepas harga lain tahun ini harga lain, beza sikit. dan jenama pun tak sama. Nak tahu bacalah kat sini. Dah diviral page Orang Wangsa Maju. Terima kasih share. Lepas ini share yang ini pulak yer.

Beg sekolah di Longwan pun banyak, ada macam-macam harga. Rambang mata nak pilih dan sakit leher dongak ke atas. Saja tengok walhal dah beli beg sekolah awal lagi. Dua beg beli di Chilindo, boleh pula berjaya bid untuk dua beg tu. Dua lagi beli di Cash and Corverter, RM6.90 satu. Bapak murahkan. Kalau rosak cepat pun tak ralat.

Bab membeli tang jenama memang tak ambil kisah. Mana yang cantik, mana yg murah, berkenan, teruslah sambar sambil tengok poket tebal atau nipis mahupun keperluan atau kehendak. Belum setel songkok abang Aqeel, lupa pula masukkan dalam senarai. MamaEma shopping di Longwan Kuala Lumpur, Sri Rampai. Member kata ada juga di Damansara. Tapi tak pastilah pula. Sangat senang pakai waze atau google maps. Taip saja Longwan, pasti jumpa.

 

 

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

10 Replies to “Barang Sekolah Murah Datang Sini Lagi Tahun Ini”

  1. Saya pun baru beli baju sekolah anak2 2 hari lepas.. beli lewat sebab anak2 baru sembuh selepas berkhatan..
    Beli baju melayu dekat kedai A sepasang RM30… ingatkan dah murah.. beli sorang 2 pasang sekali dgn sampin…
    Sekali pergi ke kedai B lagi murah.. kain lebih berkualiti.. harga RM28.50… rasa menyesal beli dkt kedai A… nak sedapkan hati beli sorang sepasang lagi dkt kedai B..
    Anuar recently posted…Cara Nak Download Ebook “Senarai Homestay Di Malaysia”My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *