Bangi Wonderland Themepark Apa Yang Best Sangat Kat Sini?

Apa yang best sangat kat sini? Semalam mamaema sekeluarga bersama family team KBBA9 pergi ke Bangi Wonderland Themepark. Janji berkumpul depan pintu masuk jam 9.30 pagi. Mamaema gerak dari Sungai Besi jam 8:00 pagi. Gerak awal, singgah kedai. breakfast dulu. Lebih baik makan dulu untuk alas perut. Lepas main air nanti konpem kebulur. Lagipun mana-mana themepark pun, makanan di luar tak boleh dibawa masuk. Tapi jangan risau, ada cafe dan gerai jualan kat dalam sana. Cuaca pun cerah pagi tu, seronok sangat nak mandi manda.

Bangi Wonderland Theme Park.

Bagi mamaema, harga tiket yang dikenakan berbaloi dengan apa yang bakal korang alami bila masuk ke Bangi Wonderland Themepark ini. Jika korang nak dapatkan harga diskaun rajin-rajinlah pergi ke web 11 street dan groupon yer. Di sana boleh dapat special price. Mamaema pun baru tahu. Bila beli tiket online, tak perlu beratur panjang untuk dapatkan pass masuk. Ada kaunter khas. Dah jimat masa dan tenaga. Merasa juga beratur panjang beli tiket. Tapi kakak Azwa yang rajin nak beratur. Sampai di kaunter, barulah mamaema pergi. Budak-budak kan, dia excited nak buat.

Bangi Wonderland Themepark dibuka pada jam 10:00 pagi hingga 6:00 petang. Dibuka setiap hari dan hari Selasa tutup kecuali hari selasa cuti sekolah atau cuti umum. Itupun rasa macam tak cukup masa. Duduk dalam tu, tengok-tengok jam, dah pukul 1. Main air mandi manda, intai-intai anak, tengok jam dah pukul 3. Tak sedar masa berlalu cepat. Tengok kat map, banyak tempat untuk teroka. Ada juga tempat yang mamaema tak sempat nak pergi, sebab bergilir dengan Mr Ery jaga Ayra Sufia. Itu tandanya, kena pergi lagi.

Pelbagai Kemudahan Disediakan.

Pelbagai kemudahan disediakan. Yang ini mamaema suka sangat pergi themepark bila disediakan kemudahan seperti surau yang selesa, bilik persalinan, loker keselamatan, dewan, tandas yang bersih dan yang paling suka sekali ada bilik penyusuan. Penting bagi mamaema ada bilik penyusuan, tak adalah nak masuk surau dengan baju basah untuk bagi susu kan.

Bilik penyusuan atau baby changing room berdepan dengan surau. Okey sangat ada privacy room ni. Siap ada kipas lagi. Dua tiga kali juga mamaema keluar masuk bilik ini nak bagi Ayra Sufia susu.

Tengah scan gelang untuk loker keselamatan. Mamaema sewa loker keselamatan untuk simpan barang berharga seperti dompet dan handphone. Bayaran untuk sewa loker RM10 plus deposit RM15. Selepas pulangkan gelang getah, duit deposit dikembalikan.

Untuk dapatkan loker keselamatan ada kaunter di depan bilik persalinan.

Belum cecah kaki ke kolam, dah teruja nak mandi bila tengok board. Have fun with exciting slides.

Ada hall terbuka di depan kolam anak-anak atau ‘kids adventure’ ni. Senanglah nak pantau anak-anak mandi sambil berteduh di bawah hall berbumbung. Tapi perlu datang awallah untuk dapatkan tempatnya. Sekejap dah penuh.

Yang nilah paling ditunggu-tunggu anak-anak..Eh, mak bapak anak pun sama juga. Berhimpun ramai-ramai tunggu baldi air terbalik. Siapa yang lalu pun boleh tak sedar air turun mengejut.

Mamaema bagi anak-anak bebas main di kids adventure, tapi tetap berpesan kena berhati-hati dan sekali sekala tetap pantau di mana anak-anak bermain. Setiap kolam, ada lifeguard yang akan memerhati.


Dulu, Abang Aqeel takut nak mandi kolam. Sekarang dah berani pergi mandi seorang. Dah berani menyelam bagai. Dah berani turun slide sendirian. Ni turn Ayra Sufia pula, takut air. Letak dalam kolam, menangis terus.

Terpaksalah kena dukung Ayra Sufia ni. Kita bersila dalam kolam pun, dia rela duduk atas riba.

Ini namanya water cannon. 

Macam meriam, kita jadi pelurunya. Kena tembak dengan air, meluncur terbang tinggi jatuh ke kolam. Kakak nak main yang ni, tapi mamaema tak kasi. Tak sesuai untuk kakak.

Kolam ombak buatan ni tak sempat mamaema nak pergi. Anak-anak dan Mr Ery yang sempat pergi.

Bersimpang siur dengan slides.

Mamaema suruh kakak naik slides yang warna warni. Kena beratur di bawah khemah ikut turn. Bila mamaema pergi tengok kakak, sekali tak nampak pun kakak beratur. Puas mencari, rupanya dia dah duduk atas. Nak turun slide yang menjunam, sebab dia tak bawa pelampung atau pelapik biru. Terus mamaema menjerit nama dari bawah, suruh turun dulu.

Sedih muka kakak. Hahaha, berani betul dia nak main slides tu. Mamaema pun cakaplah naik slides warna warni tu. okey sikit dengan kakak. Dia tak tahu pun kena beratur di khemah tu. Memang ramai pun orang beratur nak naik slides warna warni. Sekali ada pakcik makcik tanya “eh dik, kenapa turun balik”. Mama tak kasi naik, katanya. “mama tak kasi naik yang slide purple tu, bukan yang slides warna warni”. Baik hatinya pakcik dan makcik tu bagi pinjam pelampung 8 untuk kakak. Excited sangat dia,  angkat sorang-sorang.

Menyengihlah dia dapat turun slide juga akhirnya. Yang ni kena turun 2 orang. Mamaema pun kena join sekalilah. Slide yang pakai pelampung 8 ni tak ramai orang yang nak naik. Mungkin tak adventure pun.hehehe. tapi bila sekali dah turun, mamaema yang menjerit..kakak cool je.

Merasa 2 kali naik, pakcik dan makcik tu yang suruh. Naik lagi sekali. Slide yang warna kuning hijau ni yang kami naik pakai pelampung 8 dari pakcik dan makcik tu. Terima kasih untuk mereka. Kakak pula sambung dengan slides warna warni, sanggup dia beratur.

Yang ni pun best main walaupun rasa nak luruh jantung. hahaha.  Diajak oleh umminani untuk join sekali. Yang ni perlu 4 orang sekali. Giler gementar takutnya. Mana pernah mamaema naik benda-benda extreme macam ni. Sekali cuba memang cuak, tapi bila beberapa kali naik, syok habis. Itu orang cakaplah, mamaema naik sekali jer pun.

Teruja.

Tengok video yang diambil kak bonda. Terima kasih kak bonda. Siapakah yang paling kuat menjerit erkh? Hehehehe. Bella eh. Oppss, terlepas sudah.

 
Walaupun dah breakfast makanan berat, tetap lapar selepas bermain air. Makanan tengahari boleh didapati di Chillax Cafe. Ada set combo dengan bayaran RM12.

Lena Ayra Sufia tidur. Selesa sangat tempat untuk berteduh di hall terbuka. Taklah panas sepertimana orang cakap. Merasai sendiri baru tahu.

Bab parking pun jangan risau. Walaupun lot parking penuh, di luar pun ada ruang untuk park kereta. Sebab itu lebih baik datang awal, dapat park kereta dalam bangunan.

Mamaema sekeluarga dah sampai di Bangi Wonderland Thempark. Korang yang belum lagi, rugi tak datang. Memang best wooo. Mamaema pasti akan datang lagi, sebab tak habis teroka tempat-tempat permainan kat dalam ni. Ada 16 slides semuanya.

Bangi Wonderland Themepark & Resort

Bangi Avenue Water Theme Park, Jalan 1, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia Kajang 43000

Website : http://www.bangiwonderland.com.my/

Facebook : bangiwonderlandwaterpark

IG : officialbangiwonderland/

 

About emarieys

Ema has written 1127 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

6 Shares

22 Comments

  1. Wahhhh mesti ema datang awal kan…tu yang tak terjumpa juju kt sana ritu…meriahnya gambar2 ema…seronok tgk anak2 pakai baju dondon2…

    Best sangat…nanti kita jumpa! i follow ur blog

  2. Kakak ipar kakak duduk Bangi tapi tak pernah lagi ke sini sebab tempatnya lebih dekat ke Kajang kan Ema.
    Nanti senang-senang kakak bawa anak-anak dara kakak ke sana.
    Tak jauh sangat pun kan..

    Kakak tengok anak-anak Ema bukan main happy.
    Adik aje masih takut tak lama kelak sama macam abang Aqeel juga:)
    Kakzakie Purvit recently posted…Cuti di kampung yang indah – 1My Profile

  3. Seronok tgk telatah kanak2 ngan parent dekat adventure kids tu… semua teruja nak tunggu air jatuh… yg pasti Bonde nak repeat lg… hoyehhhh….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge