Cuti sekolah telah kembali lagi. Seronoklah anak-anak bila dah cuti ni. Tambah seronok bila anak-anak dibawa ke tempat yang fun giler seperti theme park. Kali kedua lah MamaEma datang sini bersama keluarga dan juga team #KBBA9.
Promosi Cuti Sekolah
Sekarang hingga hujung tahun ini ada promosi cuti sekolah. Cepat-cepat korang bawa anak-anak pergi main theme park. Eh, yang tak kahwin lagi yang belum ada anak pun akan dapat harga promosi juga tau. Dan lagi ada showcase gempak giler, ada artis setiap hujung minggu untuk dua minggu cuti sekolah ini. dah terlepas untuk 2 dan 3 Disember, janganlah kecewa..minggu depan artis lain yang akan buat show. 9 Disember ada Amy Search dan Nico G. 10 Disember pula Khalifah dan Project Band.
MamaEma pergi 2 haribulan, dapatlah jumpa artis Ezad Lazim dan Ameng Spring. Kecil comel jer penyanyi Ezad Lazim, suara Ameng Spring memang tak berubah langsung. Hari itu juga sempena program A Day with Bangi Wonderland . Seramai 16 orang dari Kelab Blogger Ben Ashaari datang bersama keluarga untuk memeriahkan program ini.
Surprise untuk founder Kelab Blogger Ben Ashaari. Happy Belated Birthday Ben Ashaari. Hahaha, menjadi juga kejutan yang dibuat oleh team kami ni hasil komplot dari blogger UmmiNani, Shehan dan Kak Nina. Anak sendiri entah mana pergi, anak siapa yang MamaEma kendongkan ni. Maklumlah, ada yang pertama kali jumpa sesama sendiri. Macam inilah kami rapatkan silaturahim dalam team kami.
Dah namanya blogger kan, memang tak terlepas handphone di tangan tu.
Baca sini : Kali Pertama Datang ke Bangi Wonderland
16 jenis permainan
MamaEma tak pula terokai 16 jenis permainan yang ada di sini sebab dah pergi masa pertama kali dulu. Lain pula anak-anak, habis semua dia nak main. Itupun ada yang terpaksa ditolak sebab tak cukup dengan ketinggian. Entah main slides apa, si kakak datang cerita jantung tertinggal di atas masa turun slides. Jantung tertinggal atas pun sampai 3 kali juga dia main. Hehehehe. Berani betul. Antara jenis-jenis permainan yang ada di sini: kredit gambar pada blogger Lynda






Kids Adventure. Tapi ramai juga parents yang main termasuklah MamaEma sendiri..hahaha..hanya tempat inilah yang berani untuk main slide. Bestlah. Turun dari slide dengan Ayra yang takut nak mandi kolam.

Satu tempat lagi Pirates Bay.. yang ni seronok Ayra mandi..sebab tak ada air pancut-pancut tu. Seronok dia sampai tak nak keluar dari situ. siap nak selam muka bagai..nak kuat lentang bagai.
Perut dah lapar barulah nampak muka kakak dan abang datang. Kalau tidak entah mana-mana lah mereka berdua pergi mandi. sampai terbakar kulit.. sampai merah-merah mata.
Puas hati sangat anak-anak seharian berada di Bangi Wonderland Theme Park and Resort ni. Siap esoknya nak datang lagi.. Amboii,..yealah kita akan datang lagi ke sini. Cuti sekolah masih panjangkan..
Bangi Wonderland Themepark & Resort
Bangi Avenue Water Theme Park, Jalan 1, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia Kajang 43000
Website : http://www.bangiwonderland.com.my/
Facebook : bangiwonderlandwaterpark
IG : officialbangiwonderland/
Kak Ema kendong anak Lynda tu..hehe. Tumpang kasih..haha
Hahahha..nasib baik dia tak nangis..bukan duduk atas riba mamanya.
emarieys recently posted…Isu Halal Dan Tidak Halal Yang Cepat Viral
Wah… Bestnya… Dapat jumpa retis… Bestnya time cuti sekolah boleh bercuti dengan geng2 blogger..
Anuar recently posted…Betul ke boleh buat duit dengan Affiliate?
Alhamdulillah, sesambil bawa anak berseronok sempena cuti sekolah.
emarieys recently posted…Isu Halal Dan Tidak Halal Yang Cepat Viral
Memang gempak giler ni , boleh tahan harga dia nampak macam berbaloi
qasehdalia recently posted…Botaneco Garden Baby | Produk Penjagaan Organik Bagus Untuk Bayi
Berbaloi..anak-anaklah yang paling seronok…
emarieys recently posted…Isu Halal Dan Tidak Halal Yang Cepat Viral
wah bestnya.. mama tak penah pegi sini lagi
mama kena pergi sekali tau…sekali pergi nak berkali-kali pasni.
emarieys recently posted…Isu Halal Dan Tidak Halal Yang Cepat Viral
harga tengah murah..rugi siapa tak pergi..best
nadia johari recently posted…ENJOY MANDI MANDA DI BANGI WONDERLAND : GEMPAK GILER PROMOSI SEKOLAH DECEMBER NI
mana nak cari harga murah time cuti sekolah ni.
emarieys recently posted…Isu Halal Dan Tidak Halal Yang Cepat Viral
Musim panas ni dapat main air di taman tema air memang best lah
tapi balik dari sana mesti demam sebab berjemur tengah panas
Hehe
Ibu Zaid recently posted…Pantai Puteri di Melaka Cantik & Terjaga! Banyak aktiviti menarik untuk keluarga