Loading...
FamilyTravel

Inikah Kluang?

Alhamdulillah selamat sampai KL malam tadi..now, need charge my energy..tidur lewat dan bangun awal pagi sebab nak sambut anak dara yang baru sampai dari kampung. terubat rinduku padanya..datang kerja pun awal sejam dari biasa…no monday blues in my mind…ngeh3x…tengahari nanti tak tahu macam mana kan..kalau mengantuk..terpaksa gak tidurnya..

Inikah bandar Kluang? begitu pesatnya pembangunan kat sini..rumah mak-mak saudara dah di kelilingi dengan bangunan-bangunan besar…dah ada Kluang Mall pun…sekarang tengah nak buat bangunan Pekan Rabu…

di awal pagi bandar Kluang yang masih lengang….selama tiga hari dua malam kat sini..tak jejak kaki ke pusat beli belah pun..KL pun ada…lagipun tak sempat nak jalan-jalan…

pagi sabtu nak pergi makan nasi lemak kat stesen keretapi tapi tutup pula..last-last pergi kedai mamak saja..makan roti canai…

abah aku yang datang awal dua hari dari kami

kesian.. kena duduk mencangkung atas kerusi..punyanya tak sampai nak makan…

masa kat kedai mamak ni, ada sekumpulan orang bangladesh datang makan..punyalah kurang ajar mereka..dahlah datang lambat…pastu nak cepat-cepat makanan dan minuman sampai ke meja..tak kira ada di negara mana… buat macam negara mereka… baru pakai baju kemas berkemeja…ingat besar sangat ke pangkatnya….benci sungguh..

lagi satu, masa malam minggu kat sana..buat aku sakit kepala… time pepagi buta..bunyi bising kat bawah bunyi hon kereta..pun sama ada kaum lain yang kurang ajar..aduh, memang tak boleh lama duk kat sini….dahlah malam tu “terceri beri” jadinya..penangan makan di tempat kenduri…

bukan aku saja…boleh dikatakan semua terkena….

About emarieys

Ema has written 1239 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge