Apa yang menarik di sana? Pekan Bintulu ni kecik jea.. apa yang menariknya, seafood murahlah. Lainlah kalau nak beli rumah memang mahallah harga. Sana ramai yang kerja di port-port, kerja di pelantar minyak, kapal minyak. Orang dah cop, kerja minyak ni banyaklah duit kan. Penerbangan dari KL ke Bintulu pun cuma dua penerbangan sehari.. so, tiket pun mahal juga.
Bintulu
Hakak pergi sesaja tidaklah, kenal Bintulu pun sebab pergi atas urusan kerja. sedihlah kena tinggal anak seminggu juga. Lebih-lebih lagi tinggal yang kecik sekali tu, baby Ayra Sufia..first time tinggal jauh. Kesian… tapi nak buat macam mana. Dah namanya kerja. Hakak seminggu di Bintulu, stay di Hotel Promenede, Bintulu. Kawasan baru naik.
Menginap di Hotel Promenade
Inilah bilik tidur hakak selama seminggu. Stay sorang-sorang, memang hakak on 24jam TV dan lampu.. sini pula jam 6.30 pagi dah cerah… tidur pun kejap-kejap…malam berjagalah…duk mengepam susu…banyak bawa balik bekal susu kat anak.. sampai hakak tinggalkan nota pesan jangan offkan power dalam bilik ni, ada susu dalam peti ais…tapi peti ais yang kecik tu jer… tak sejuk beku pun.. risau takut rosak susu.
Deko dalam bilik simple sangat tapi oklah tak berserabut. TV sebuah tergantung kat dinding… masa keluar kerja, hakak tutuplah tv… yelah dari pagi sampai lewat petang kerja, malam jer baru ada dalam bilik. kan meletup tv kepanasan…dahlah malam sampai cerah hakak on…dasar penakut.
Biasalah harga hotel memang mahallah kan.. depan hotel ada kedai 24jam. beli je makanan buat stock. kalau lapar sangat, ambil juga makanan kat hotel ni macam meggi tu…tapi kena cepat gantilah sebelum pekerja datang check… nanti check-out tidaklah kena bayar.
Kenalan Di Bintulu
Hakak ada kenalan yang stay di Bintulu ni. Kawan masa study Diploma dulu. dah lama tak jumpa. Hari pertama sampai, terus kawan datang jumpa..rindulah tu. apapun hakak banyak berterima kasih dengan kawan hakak, banyak yang dia tolong hakak masa kat sana.
Pasar Segar Bintulu
kawan bawa hakak pergi pasar basah.. dapatlah hakak bawa balik udang untuk family. Di Bintulu ni dia tak ada pack macam beli udang di Kota Kinabalu. Dia cuma pack untuk orang bawa balik masak di rumah je.. Puas hatilah Mr. Ery dapat makan seafood segar. kawan hakak bawa balik rumah dia, bekukan…hari nak balik dia pack kemas-kemas untuk mudah hakak bawa balik yang femes kat Bintulu ni adalah belacan Bintulu..
Ada tiga ekor jer..terus hakak beli semua.
Nak parking kereta kat sini kena ada caranya… tak boleh park sesuka hati..kena masuk petak parking cara mengundur..kira macam sistem 5S. cantik tersusun. ini cara senang nak keluarlah.
Sempat juga pergi rumah kawan hakak ni..dulu dia menyewa, sekarang beli jer dari bayar sewa mahal-mahal better beli buat harta. siap hakak tinjau tingkat atas sekali. ahakss. sana, perabot mahal yang amat..anjing sebelah menyalak jer, sebab bau orang tak kenal..
Mee Kolok Sedap
Kawan hakak bawa pergi kedai makan mee kolok ni. sedap. makan sampai clear pinggan. hakak bagitahulah bos hakak sedap mee kolok ni, ada dia cakap tak sedap. selalu mee kolok orang cina yang buat tapi tak halal. yealah bos, makanan tak halal mana boleh saya makan tapi yang hakak makan ni halal tau..
Selamat Tinggal Kawan
Selamat tinggal kawan, selamat tinggal Bintulu. Terima kasih banyak Wafa, dahlah tolong pack kemas-kemas udang hakak, tolong pack ais ketul lagi untuk hakak letak dalam beg susu. Alhamdulillah, sampai ke KL, ais pack masih lagi elok dan susu pun masih sejuk.
Kira hakak reunion dengan kawan hakak kat Bintulu ni. Satu je kawan hakak pesan, kat sini jangan bunyikan hon kereta. takut yang di hon tu adalah gengster. tak pasal jadi arwah. Kalau ada kereta kemalangan, selagi polis tak datang, memang kereta tu tak akan bawa ke tepi jalan, biarpun kereta cuma kemek bumper saja.
alang2 pergi bintulu..singgah lah platform minyak leh wat balik ole ole crude oil haha
Belang tarung recently posted…Pulau Monuriki Pulau Cast Away Tom Hanks
kalau boleh bawa balik..konpem berbalang bawa balik minyak dah…hehehe.
emarieys recently posted…Apa yang menarik di Bintulu?
gigihnya hakak mengepam. terbaiklah..
YB Shehan recently posted…PUREBYSAFIYYAHOSMAN | HOMEMADE.NATURAL.ORGANIC. SKINCARE & BODYCARE YANG WAJIB ANDA MILIKI
Untung jugalah Ema ada kawan di sana walau pergi sendiri tapi ada teman nak jenjalan sikit-sikit jadilah dah kata urusan kerja kan..
kebetulan ada kawan ada sana…senang sangat…dia tak kerja..ikut suka kita jer nak kacau dia time bila…
emarieys recently posted…Apa yang menarik di Bintulu?
lama jugak tak pi bintulu.
dulu..masa dok sabah dulu..rajin la jugak berjalan-jalan.
titan recently posted…10 barang pilihan SAYA Sempena Lazada Malaysia 4th Birthday Sale
bro titan, bintulu area sarawak ni.
emarieys recently posted…Apa yang menarik di Bintulu?
mee kolok tu dah trademark negeri kelahiran saya, kak. sedap tu hehehe..tp seumur hidup hanya sekali je pernah jejak kaki ke bintulu
Tak sempat lagi nak bercuti ke seberang sana. Harap-harap nanti ada masa ke sana
Khairul Zamri recently posted…Bidara Syifa Penawar Sihir
patutla lama tak dengar cerita, pi kerja outstation rupanya. best nampak seafood tu semua
Raihanah Ahmad recently posted…Berpantang Makan Di Kalangan Ibu Menyusu
seafood sana memang segar bugar…. nikmat rasanya.
emarieys recently posted…Apa yang menarik di Bintulu?
syukurla ada kawan ema kat sana, tang beli seafood tu yg best tu, segar bugar
ajumohit recently posted…Umil Milk Booster minuman untuk ibu hamil dan menyusu