Plan dah lama nak balik Malaysia, sejak Hari Raya Haji lagi.

Tiket pun dah dibeli. Last-last terpaksa drag sampai ke bulan ini.

Tukar tarikh ada dalam 3  kali dan nasib baik masih dalam musim Covid-19, dibenarkan tukar tarikh beberapa kali.

Tak lama PM umum pula boleh rentas negeri. Alhamdulillah.

Panjanglah sikit nak melangkah kaki.

Ke mana dulu nak pergi.

Balik kampung atau pergi bercuti?

Aku semestinya dua-dua sekali. Balik kampung dan bercuti.

Maklumlah aku bukan sahaja dapat rentas negeri, rentas benua aku dapat sekali.

PM umum berita baik lagi…kuarantin untuk pengembara dari 14 hari kepada 7 hari..Alhamdulillah, rezeki.

Kat situ, aku dah untung cuti.

Tinggal sebulan sebelum berlepas kembali..so, aku plan nak bawa family pergi bercuti selepas kuarantin.

Yang penting wajib ikut SOP.

Plannya aku nak ke Port Dickson (PD) sahaja.

Kenapa PD? Port Dickson kan ada pandai yang cantik. Lagipun tempatnya tidak jauh dari KL.

Aku kena jimat masa dan tenaga, sebab banyak lagi benda yang aku nak kena buat sepanjang cuti ni, kena plan betul-betul.

Dah lama tak pergi ke PD.

Korang cadangkan mana best untuk staycation dengan family?

Hotel mana yang best dan sesuai dengan family seramai lebih kurang 15 orang ni.

Nak pergi pulau macam tak sesuai dengan musim tengkujuh ni.

Tengah-tengah menaip entri, dapat mesej dari MySejahtera.

Result RT-PCR di KLIA dah keluar. Alhamdulillah ‘negatif”.

Esok nak kena pergi pula ke Pejabat Kesihatan Negeri, buat test lagi.

Syarat bagi pengembara di hari ke-5. Selepas 7 hari. dah bebas mana nak pergi.

Moga dipermudahkan segala urusan kami.

Yang aku risau si Ayra, result dia belum dapat lagi.

Ayra tengah demam sejak sebelum bertolak ke sini.

Keadaan kami semua sekarang sedang batuk-batuk. Aku harap sebab cuaca.

Jauh perjalanan kami, 3 hari baru dapat jejak kaki Malaysia.

Jalan-Jalan Dubai

Perjalanan sampai 3 hari sebab transit 19 jam di Dubai. Lama kan?

Transit lama, aku dapat complimentary stay di hotel.

Emirates  akan sediakan penginapan jika transit melebihi 10 jam.

Aku diberikan penginapan di Hotel Millenium. Aku ingatkan hotel dalam Airport Dubai tapi di luar rupanya.

So, haruslah keluar ikut imigresen.

Urusan selesai dengan cepat. Tidak perlu visa kerana rakyat Malaysia.

Dari airport ke hotel semua disediakan oleh pihak Emirates.

Alang-alang dah dapat keluar dari airport, tak akan nak duduk diam dalam bilik kan.

Inilah peluang nak pergi jalan-jalan Dubai.

Aku cuba contact seorang rakyat Malaysia yang tinggal di Dubai dan pernah buat servis bawa orang Malaysia yang transit pergi  jalan-jalan Dubai.

Di media sosial dia dah lama tak update…so, aku try whatsapp cuba nasib.

Nasib aku baik, beliau masih di Dubai dan dah lama tak bawa orang since covid melanda.

Beliau bukan sepenuh masa buat servis ini sebab dah ada kerja tetap.

Alhamdulillah, beliau setuju bawa kami sekeluarga ronda-ronda Dubai selepas beliau habis waktu kerja.

Dapatlah kitaorang cuci mata melihat kepesatan Dubai.

‘Speechless’ kami bila berada di Dubai. Paling kami respek aktiviti jenayah tiada langsung.

Tinggallah barang korang dalam kereta pun, tidak akan ada pecah cermin kereta untuk merompak.

Korang tertinggallah barang korang, barang korang pasti akan ada di situ dan pasti akan dapat balik.

Kami sendiri tidak percaya, akhirnya kami berada di depan bangunan Burj Khalifa.

Sangat teruja. Ramainya orang sedangkan musim cuti.

Kita marah kerajaan sebab kena suntik booster dose vaksin, tapi korang nak tahu orang yang bawa kami ni dah suntik 4 dose tau.

Puas hati kami dapat ronda-ronada sekitar Dubai walaupun tak sepenuhnya sebab dah malam.

Janji anak-anak pun happy.

Ingatkan dah selesai bawa anak jalan-jalan dah cukuplah kan.

Tapi tidak. Anak-anak tuntut janji nak suruh bawa tempat yang boleh mereka mandi.

Alahai kesian pula kat anak-anak.

Itu yang plan nak bawa mereka ke PD. Ada juga google nak booking Lexis Port Dickson.

Ada kolam mandi besar. Anak-anak mesti suka nanti.

Cantikkan tempatnya.

Korang ada pengalaman staycation kat sini tak?

Share please.

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

One Reply to “Perjalanan Balik Bercuti ke Malaysia dan Rentas Negeri Dibenarkan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *