Loading...
Perkhidmatan

Pusat Pakaian Hari-Hari Misi Mencari Baju Sekolah Murah

Baju sekolah murah di Pusat Pakaian Hari-Hari.

Misi mencari baju sekolah murah. Sejak anak dah mula masuk tahun 1, di pusat pakaian hari-hari lah yang mamaema pergi. Satu harga murah dan berbaloi. Kedua dekat dengan rumah. Ketiga semua pakaian sekolah ada. Walaupun sekolah pun dah mula, mamaema nak share sikit apa yang mamaema dapat beli di pusat pakaian hari-hari tahun ini. Memandangkan kakak azwa dah pun tahun 5 dan abang Aqeel tahun 2, mamaema tak beli banyak pun pakaian baru. Pakai saja yang sebelum ini sebab masih elok. Mamaema selesa dengan pakaian sekolah jenama jony & jenny. Harga pun murah.

 

 

Bahagian kasut.

Tahun kedua kakak Azwa pakai kasut warna hitam untuk pengawas sekolah. Mamaema beli sepasang saja, yang tahun lepas satu dah koyak satu masih elok. Kakak Azwa nak pakai hari pertama, mamaema tak kasi…pakai yang sedia ada dulu. Biasalah anak-anak hari pertama sekolah, excited nak pakai baju baru. Mamaema pesan “hari pertama sekolahlah cepat kotor baju, nanti nak kemas kelas“.

Baju Sekolah Baru.

Baju sekolah baru. Mamaema tak beli berpasangan pun baju sekolah. Ada beli kain saja, baju saja, seluar saja. Cuma baju sekolah agama yang mamaema beli cukup. Baju sekolah kebangsaan untuk abang Aqeel, hanya seluar saja yang mamaema belikan.

Barang sekolah Abang Aqeel. Untuk tahun ini, yang ini saja mamaema beli yang baru. 2 beg sekolah beli di GM, beli time family datang. Bila beli ramai-ramai dapatlah harga separuh. 2 pasang kasut Abang Aqeel, biasalah anak lelaki dia lasak. Yang lama dah koyak. Tapi berbaloilah, tahan juga setahun. Kasut pun beli kat pusat pakaian hari-hari. Satu beli dalam kotak, satu beli di bahagian timbun.

Baju sekolah agama sepasang. Seluar sekolah kebangsaan satu. Seluar sekolah kebangsaan dengan harga RM5 di pusat pakaian hari-hari. Murahkan. Kaut di bahagian stock lama. Masih elok. Kat tag ada tulis ‘butang tanggal”. tapi mamaema check, elok jer. butang pun ada.

Pink.

Anak dara mesti nak pink. Sama juga beg dari GM. Kasut putih dari Giant dengan harga RM3. Lagi murah tapi tak tahulah berapa lama bertahan. Kita tengok nanti. Kalau tahun lepas, mamaema tak beli pun pakaian sekolah pengawas sebab semua diambil dari sepupu dia. Tahun ini kakak Azwa minta nak pakai baju pengawas kemeja dengan skirt labuh. Untuk sekolah agama, pakai yang sedia ada. Alat tulis mamaema borong dekat Longwan.

Akhirnya skirt labuh pengawas untuk kakak Azwa dibeli di pusat pakaian hari-hari. Mamaema dah pergi kedai-kedai biasa, harga mahal sikit. Baju kemeja pengawas dan kain kurung pengawas mamaema kaut di bahagian stock lama juga. Mana nak dapat RM8 sehelai. Baju kemeja ada kesan kotor, tapi kakak Azwa cakap “ala, mama tak nampak pun kotor..kakak kan pakai vest”. Masa mamaema beli, tak ada orang pun cari bahagian stovk lama. Semua excited beli yang baru. Selagi ada yang murah, akan ku ambil yang murah. Ada aku kesah.

 

About emarieys

Ema has written 1236 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

3 comments
  1. Nurol Huda

    “Selagi ada yang murah, akan ku ambil yang murah” Best ayat ni… Beli banyak dapat separuh harga di Pusat Pakaian Hari-hari wah! diskaun lumayan tu. Anak lelaki memang kena beli 2 pasang kasut, lagi2 lah musim hujan ni.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge