sebab apa anak-anak saya pakai baju merah???

salam

malam tadi, saya dan anak-anak pakai baju kaler merah…
sebab apa yer?
ishh, tak ada kena mengena dengan kak red tu… tahulah dia tu memang giler kaler merah…sebab kami telah dijemput oleh isteri kepada Allahyarham Inspektor Khairul Zaini Bin Mohd Zain untuk majlis tahlil… berita mengenai arwah kat SINI.Arwah adalah kenalan mr. ery… dan isteri arwah pun adalah kenalan juga… sebab diaorang ni sekolah sama di Sekolah Menengah Machang, Kelantan. Majlis tahlil dibuat di surau kuarters PDRM, Pantai Dalam.

malam tadi barulah saya kenal isteri arwah dan anaknya, danish. umur danish 5 tahun dan danish sebaya dengan kakak. kesian tengok anak arwah tu. mr. ery cakap muka anak arwah seiras dengan muka arwah….

kebetulan hari majlis tahlil ni, adalah hari lahir danish yang ke-5 dan hari ke 100 arwah menghadap Illahi….. Al-Fatihah….

sebelum tu, kami singgah minum kat kedai mamak depan kuarters PDRM ni. selalunya majlis tahlil dibuat selepas solat isyak… tapi kali ini dibuat lepas solat maghrib… walaupun tak sempat membaca yasin beramai-ramai… Alhamdulillah mr. ery sedekahkan juga doa yasin kepada arwah…

aqeel syafiq dah pandai minum air pakai straw…

kalau ais..memang nak saja…

si kakak dengan aksi manjanya….

sudah menjadi kebiasaan kalau buat majlis tahlil, akan ada jamuan makan-makan kan. tapi setengah orang cakap..tak baik makan dari keluarga anak yatim.. betul ke? tapi jika mereka dah hidangkan… bagaimana harus ditolak?

About emarieys

Ema has written 1254 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

emarieys

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

View all posts by emarieys →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge