Kelab-Kelab Kereta yang ada di Malaysia. Antaranya Kelab Proton Wira, Kelab Proton Exora, Myvi Club, Kelab Viva, Kelab Caldina dan macam-macam nama kelab yang kebanyakkan ikut jenama kereta. Kelab basikal ada tak? Hehehehe.

Sejak join kelab proton exora macam-macam aktiviti jugalah melibatkan diri. Not me lah, but Mr. Ery ni. First join, masa ada Gathering besar-besaran di Shah Alam tahun lepas. Masa ini, aku tak ada, sebab outstation. Memang hebat-hebatlah kereta diaorang ni, sampai aku terfikir beli kereta nak pakai atau beli kereta nak deko-deko. Macam manalah boleh lepas dengan JPJ yer. Memang fanatik sungguh.

Urban Crew

Kelab Proton Exora ini pun ada banyak kumpulannya. Kumpulan dibahagikan mengikut kawasan atau daerahlah. Macam kawasan aku Urban Crew namanya. Bila dah zaman teknologi ni, setiap masa akan berbunyilah handphone Mr.Ery ada whatsapp dihantar. Dan aku pernah terkena sekali, tetiba ada orang snap gambar belakang kereta dan hantar ke whatsapp group siap dengan pesanan “lajunya kereta di depan ni”. Mr ery pun tunjuklah whatsapp tu dan tanya mana aku pergi sebab yang pastinya memang wife dialah yang selalu bawa. Bila aku perhatikan tempat yang mereka snap, tahulah aku diaorang snap gambar masa aku pecut nak ambil si Aqeel balik sekolah. Amboii, terus di report dalam group. BAHAYA ni!!!.

Kelab Proton Exora

 

Yang baiknya adalah senang nak minta tolong bila ada kecemasan. Ada salah seorang member kumpulan ini keretanya pecah tayar masa dalam perjalanan balik ke Kelantan. Berlaku pula di kawasan yang agak sunyi. Sekali bila dimaklum dalam group whatsapp, ada yang datang menolong. Alhamdulillah, walaupun mungkin bukan dari kumpulan yang sama.

Bila join kelab kereta, perlulah komitmen untuk aktifkan diri. Semuanya Mr.Ery yang pergi setakat ini maklumlah mak buyung nak ikut dah tak larat biarpun hanya berkumpul di Restoran Riang Ria yang menjadi port mereka. Hujung bulan dua nanti ada family day, tak tahu dapat join ke tak?

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

17 Replies to “Baik Buruk Join Kelab Kereta”

  1. Suami saya pun join kelab kereta ni. Best juga aktivitinya. Bukan setakat family day malah ada buat aktiviti kebajikan juga contoh yang baru-baru ni buat misi bantuan banjir. Kita yang ahli keluarga ni join pun ada ramai kawan-kawan dari golongan suami peminat kelab kereta yang sama . 🙂
    emalinmohd recently posted…Vitamin Harga Murah Bawah RM100.00My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *