Azwan Ali oh Azwan Ali…kenapa begitu?

terkejut juga bila dengar radio pasal Azwan Ali kena tangkap dan disoal siasat oleh polis gara-gara ugutan bunuh untuk adiknya, Ummi Hafilda Ali. kenapa sampai begitu? dengan adik beradik pun tak sebulu.

sebelum ini melalui laman twitter Azwan Ali heboh pasal dia dah unfollow twitter penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza. marah sebab tak balas twitt dia. tak kisahlah dia nak unfollow pun, ema agak mungkin bukan twitter Dato’ Siti yang sebetulnya.

hari ahad baru ini di Melodi, ada kisah pasal Azwan Ali terkena buatan orang. ada orang hantar seekor ular besar kat rumah. dah pukul sampai mati pun. khabarnya juga, orang yang buat jahat tu salah seorang peserta Maharaja Lawak Mega.

hurmm, tak tahulah nak kata apa. dunia artis. semoga pakcik Azwan Ali tak timbulkan lagi kontroversi sebegini. nanti ramai yang akan pandang negatif.

 

About emarieys

Ema has written 1187 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge