Menangis
Tengahari tadi, ema yang ambil azwa balik dari sekolah. hari ini balik jam 12.05 tengahari awal setengah jam dari hari-hari yang lain.
Kelihatan azwa mencari-cari kelibat orang yang akan ambil dia. sebab dia pun tak tahu hari ini ema yang akan ambilkan…dia ingatkan tok ma atau tok bah yang ambil… ema ke depan dan lambai tangan baru dia perasan.
Masa dalam kereta….
Kakak : mama, kakak menangis dalam kelas tadi.
Ema : kenapa kamu menangis kakak, cikgu marah ke?
Kakak : taklah, cikgu tak marah..kakak menangis sebab kakak takut mama dan ayah berpisah.
Ema : kakak menangis kerana takut mama dan ayah berpisah? sebab apa?
Kakak : sebab kakak buat 4 kesalahan hari ini?
Ema : kesalahan apa?
Kakak : satu, kakak letak kaki kat tepi meja cikgu…ada kesan tapak kasut kat meja cikgu tapi belah tepi jer……dua, masa cikgu mengajar..kakak tolak-tolak beg kawan kakak..beg kawan kakak ada roda…tapi kakak dengar cikgu mengajar…ketiga, kakak tertolak kawan…keempat…kakak tak ingat mama.
Pastu ema ada marah-marah sikit dan nasihatkan dia jangan buat lagi…kalau kawan tu jatuh dan terluka terkena meja atau kerusi.. kawan bagitahu kat keluarga dia macam mana?
Ema : habis tu, kenapa kakak cakap mama dan ayah akan berpisah?
Kakak : kakak sedih..kalau mama dan ayah berpisah sebab kakak buat salah kat sekolah..
Ema : habis tudung kamu tu kenapa? (comot-comot hitam)
Kakak : kakak lap air mata…
Ema : cikgu tahu tak?…kawan tahu tak?
Kakak : cikgu tak tahu…kawan kakak tanya..’azwa menangis ke?’
Ema : kakak jawab apa?
Kakak : kakak jawab ‘taklah..keluar air mata jer’
Sampai sekarang ema masih musykil apa kena mengenai kesalahan yang dia buat di sekolah dengan mama dan ayah berpisah?
saya kalau bab berpisah ini memang rasa seram -seram sejuk sikit…
semoga tak de apa-apa yang tak baik
mrhanafi recently posted…5 Punca Kalah Teruk Dalam Contest SEO