perghh…tajuk bapak panjangnya
salah satu program yang telah ema masukkan kat SINI
bila ada aktiviti untuk kakak ni
konpemlah tak lepas peluang bawa kamera untuk snap gambar
kenangan untuk kakak bila dia besar nanti kan..
musim cuti sekolah pun dah tak lama
pihak sekolah akan buat majlis akhir tahun
dan tahun ini tahun kedua bagi kakak
selain majlis terima sijil akhir tahun
diiringi juga persembahan dari mereka semua
selama ini yang ema tahu
kakak masuk acara tarian saja
tapi tak sangka-sangka
kakak dilantik sebagai ‘conductor’ untuk berkoir
Anugerah Pelajar Cemerlang.
jom layanz gambar-gambar kat bawah ni
sibuk mak-mak budak dan cikgu menyiapkan anak-anak murid untuk buat persembahan
budak lelaki pun dipakaikan lipstik sikit
sakan cikgunya buat gaya nak lekatkan lipstik tu
kakak pun tak lepaskan peluang juga
ema make-up sikit-sikit jer
dah berlari sana sini..peluh keluar
make-up pun dah tak nampak
tapi mak kawannya make-upkan sekali lagi
dah nak ready untuk persembahan
yang lain-lain kena ikut susunan
tapi kakak duduk depan sorang-sorang
‘conductor’ katakan…
gayanya seorang ‘conductor’ koir
bila tengok aksi kakak ni
ema rasa bangga sangat-sangat
yea, kakak dapat beg lagi
beg tahun lepas pun belum pakai
dapat beg yang baru pula
semestinya nak buat kenangan bersama kakak dengan baju ‘conductor’ koir
lagu apa yang diaorang bawa untuk berkoir?
dan macam mana rupanya seorang ‘conductor’ koir
kliklah video tu
tahun depan tak tahulah masih nak hantar ke sini atau tak
cikgunya macam berharap
kalau hantar lagi..tiga tahun berturut-turut di tempat yang sama
ema takut kakak akan rasa bosan
tapi ema dah daftarkan kakak di sekolah agama