Seberang Jalan Jer Pantainya, Bolehlah Hilang Bosan Anak Berminggu Duduk Dalam Rumah

Pantai di Conakry ni cantik tapi..

Tup tup..eh 6 bulan dah kat bumi Africa ni.

Syukur Alhamdulillah, masih berada dalam kesihatan yang baik. Anak-anak pun sama.

Dalam sekitar 6 bulan, anak terkena demam hanya 1 kali. Cukuplah tu.

Sungguh kesian kat anak-anak, asyik terperap dalam rumah jer.

Keluar sekadar pergi beli barang, pergi makan, Aqeel pergi sekolah dan Ayra ikut hantar abangnya sekolah.

Untuk riadah, tak pergi mana-mana lagi.

Dalam perancangan pergi pulau dan air terjun.

Hanya 2 sahaja tempat tarikan yang ada.

Pantai Hanya Seberang Jalan

Ada pantai di Conakry, tapi tak boleh pun mandi.

Nak hilang bosan, hirup udara segar bolehlah..walaupun tak sesegar mana.

Kakak jangan terasa yer…mama bawa adik-adik jalan untuk hilang bosan jer.

Dari rumah boleh nampak riuhnya kat sini.

Tempat diorang bermain bola sepak.

Menarik bila air surut, boleh turun ke bawah di pesisir pantai

Cuma hati-hati, sebab berbatu.

Tengok matahari terbenam..memang best..

Nun jauh di hujung laut…macam dekatnya sini dengan Malaysia.

Foreigner pun ramai.

Peminta sedekah pun banyak.

Nampak orang luar, inilah peluang mereka.

Kebanyakkannya budak-budak datang dekat minta duit.

Bagi duit, tengok pada keadaan.

Bila mula bagi, datang pula yang lain.

Bila mula bagi, mereka mula akan aim..untuk minta lagi.

So, nak bagi kena tengok keadaan mereka.

Minta duit, ada pula handphone di tangan.

Aku tengok orang tak pelik

gambar dengan anak dari Libya di pantaiConakry

Orang tengok aku macam pelik

Datang dari mana?

Kalau free hair, sah mereka sangka datang dari China.

Rakyat China memang ramai kat sini

Ada plan dari Kerajaan Guinea nak cantikkan pantai di Conakry seperti pantai PD.

Tagged : / / /

Ayra Dengan Ikatan Rambut Ala-Ala Gaya Rambut Africa

Hola..hola… amboii mek Ayra..terkejut datang opis dengan gaya rambut ala-ala rambut africa.

Siapa yang ikatkan tu?

Pengawal sekolah abang, sambil tunggu abang balik sekolah.

Tak sakit ke adik?

Rambut tak sakit, kaki yang sakit.

Kenapa?

Rupanya kena berdiri lama masa jaling rambut tu.

Hahaha..kesian.

Hanya jaling…getah rambut tak ada, sekejap dah terhurai…kalau tidak lagi lama bertahan.

Mujurlah rambut Ayra, dah ikal original.

Rambut original Africa, lagi lah ikal kerinting nya..rapat-rapat gitu.

original africa hair

New friend dari Africa…anak salah seorang KAT kat sini.

Sebaya dengan Ayra.

Tengoklah rambut dia..siap bermanik bagai lagi.

Aku tengok, aku pula yang rasa seriau…tak sakit ke ikat rapat-rapat macam itu sekali.

Anak rambut pun tak kelihatan.

Tak tahulah agaknya sampai bila ia kekal dengan manik.

Aku duk bayangkan..bila panjang macam mana?

Penjagaan dia pula camana..tak basah rambut ke?

Macam mana dia shampoo?

Ada tu kecik-kecik lagi dah  gaya dengan manik.

Rambut pendek pun boleh juga letak manik.

Aku ingatkan, diaorang ni pakai extension hair tu.

Pagi-pagi hantar abang Aqeel sekolah, selalu juga nampak mak-mak tengah rapikan rambut anak diaorang.

Yang lelaki susah nak jumpa yang rambut panjang.

Semuanya rambut pendek yang hampir botak tu.

Jimat tak perlu pakai sikat rambut..

Keunikan rambut original mereka ni mana tahu bakal jadi model terkenal satu hari nanti.

 
&nbsp

Tagged :

Suka Ayra Main Puzzle, Dia lagi Laju Susun Satu Persatu

Main puzzle. Aktiviti setiap hari di perantauan..

Haii, nasiblah terbawa juga permainan puzzle kat sini..kalau tidak tak ada apa yang Ayra nak buat selain hadap handphone.

Aku balik kerja jer, mesti dia ajak lawan susun puzzle.

Hari-hari dengan puz2le, sampai dah ingat satu-satu susunan kat mana.

Aku salah letak jer..terus dia cakap “no, salah situ”.

Beli Puzzle kat Bundle

Yea, jumpa kat kedai bundle jer.

Tak tahu harga berapa sebab masa itu beli banyak barang, tokey kira terus harga lumsum.

Biasa mainan, tokey tak ambil harga…kasi free jer.

Dapat pula yang masih elok dan lengkap. Itu sampai 4 aku ambil.

Bagus sangat bagi anak-anak mainan susunan puzzle ni dapat tingkat proses pemikiran anak.

Anak cepat ingat.

Mainan yang tak membosankan walau main hari-hari.

Bila lawan dengan Ayra siapa cepat susun, dialah yang selalu menang.

Ada waktu dia kalah…

Bila kalah, merajuk terus lah jadinya.

Kelebihihan Puz2le

Kelebihan puzzle.. Kredit to Pop Mama.

1. Problem solving

Main puzzle mampu memusatkan daya konsentrasi si Kecil dalam memecahkan masalah, sehingga mebantunya berpikir dari berbagai sudut pandang menyatukan potongan-potongan puz2le.

Semakin susah puzzle disusun, maka anak akan lebih berpikir keras untuk memecahkan masalah.

2. Mengembangkan kordinasi mata dan tangan

Puz2le yang memiliki macam-macam gambar, bentuk, dan warna bisa membantu anak dalam meningkatkan koordinasi mata dan tangannya.

Dengan permainan puzzle membuatnya belajar melibatkan gerakan dan konsentrasi saat menyelesaikan permainan dalam waktu bersamaan.

3. Mengembangkan keterampilan minda pemikiran

Dalam bermain puz2le si Kecil mengambil dan memindahkan kepingan puz2le tanpa harus membuat permainan itu rosak. Dengan begitu ia akan meningkatkan skill minda halus dan kasar.

Jika keterampilannya semakin banyak maka akan membantu kemampuan minda seperti menulis, makan, dan bergerak lebih luas.

 

 

4. Mengasah keterampilan kognitif

Bahawa dengan Mama memberikan mainan puz2le kepada si Kecil, di situ ia sedang belajar mengenal ukuran, gambar, bentuk, dan warna.

Di sisi lain juga melatih keterampilan kognitif. Sebab permainan puz2le akan membantunya dalam pengenalan alphabet, objek, dan angka yang menjadi dasar pembelajarannya.

5. Melatih kesabaran

Bermain puz2le tentunya memerlukan fokus untuk menyusun gambar di bahagian-bahagian yang sudah disediakan.

Dari hal tersebut maka si Kecil sedang menjalankan proses kesabaran menemukan cara untuk menyelesaikan permainan.

6. Meningkatkan daya ingatan

Puz2le juga terbukti meningkatkan kemampuan daya ingatan anak. Saat si Kecil bermain puz2le, maka ia harus mengingat pada bahagian yang diambil sudah dimasukkan atau belum.

Anak juga harus menganalisis warna, ukuran, dan posisi kepingan puz2le ke tempat yang sesuai.

 

 

Tagged :

Anak Bebas Pampers “Alasan Mama Tak Ada Duit Nak Beli Pampers Menjadi”

Nak anak bebas pampers ?

Dah lama nak share sebenarnya, sejak dua menjak ni agak busy je..terus lupa. Bila dah teringat ni, eloklah share macam mana ayra ni bebas pampers. Lain orang lain caranya..lain anak pun lain caranya juga.

Ayra Bebas Pampers

Kakak dan abang lain pula caranya. Pernah share kat sini. Ayra ni lain pula caranya. Entah macam mana bila aku cakap “mama dah tak ada duit nak beli pampers adik” terus Ayra berhenti nak pakai pampers..itupun tidur malam ada dua tiga kali terkencing atas katil.

Bila hari Ayra terkencing atas katil aku cakap “lepas ni, adik kena tidur sorang-sorang kat luar sebab adik kencing atas katil..habis bau hancing dan basah”..mahu Ayra ni takut.

Aku ambil masa 2 hari iaitu hari sabtu dan ahad jer untuk latih Ayra tak pakai pampers waktu siang. Hari Isnin pergi hantar Ayra ke rumah pengasuh dia mula itu was-was yang Ayra dah tak pakai pampers lagi. Cepat sangat kan.

Bila hari cutilah, senang nak ajarkan anak bebas pampers. Kena selalu tanya anak nak kencing ke tak? Lama-lama anak akan biasa dengan keadaan baru tu.

Sekarang lega sangat, memang berjimatlah sikit duitnya dari beli pampers. Bila berjalan jauh tu, aku pakaikan juga pampers untuk Ayra. Dia nak kencing, aku suruh dia kencing dalam pampers tu… tapi dia rela bertahanlah sehingga aku berhenti cari tandas..tak pun berhenti di tepi jalan.

Agaknya dah tak selesa nak kencing dalam pampers lagi.

Tagged : /

Tiga Tahun Simpan Rambut Asal, Akhirnya Terpaksa Potong Juga

Masalah rambut rosak teruk. Sejak Ayra keluar dari perut memang tak pernah botakkan kepala dia. Kata orang tak baik tak buang rambut anak selepas lahir. Betul ke? Tapi kami adik beradik memang tak pernah pun botakkan kepala selepas lahir. Semasa majlis cukur rambut pun, hanya gunting sedikit saja rambut itu.

Selepas 3 tahun, kena potong akhirnya.

Makin lama makin sayang nak gunting rambut Ayra. Makin lama makin ikal rambut panjang dia. Tapi sejak perasan rambut dia rosak, terus cakap kat dia “adik, nanti balik kampung…potong rambut adik..nak?” “nak”. Patutlah bila nak sikat selepas mandi, kasar sangat.. rasa dengan tangan pun lain macam. Rupanya masalah rambut berbuah..ermm, kalau buahnya rambutan..boleh juga petik..hehehe…rambut dia pula halus sangat…warna pun agak keperangan.

Rambut Anak Rosak
Sayang nak potong..tapi kerana terpaksa…

Budak lain menangis, dia happy semacam

Kebetulan balik kampung hari itu, mama suruh ambil adik di kedai gunting rambut yang selalu pergi. Aku ingatkan Ayra dah lupa pasal nak gunting rambutnya…Ayra “ma, dik tong bot (ma, adik potong rambut)”, sambil pegang rambut dia…“adik nak potong rambut ke” “Nak”.  Dah alang-alang kena pergi ambil ayahsunya, teruslah bawa Ayra. Kemain menyengih bila dia duduk atas kerusi. Get ready dah nak potong..

Rambut Anak Rosak

Nyonya tu tanya nak potong setakat mana. Potonglah pendek, musim panas ni. pendek lagi senang nak jaga. Awalnya nak potong pendek yang boleh diikat…tapi… pendek sampai bulat muka Ayra. Suka sangat dia dengan gaya barunya….

Rambut Anak Rosak
Muka macam terkejut

Total RM5 sekali jalan. Harap bila dah panjang, akan tumbuh balik ikal mayang rambut dia. Di salon nyonya ini memang tempat yang selalu pergi bila nak cuci atau potong rambut..sebab apa? selain harga murah…ada seorang anak saudara nyonya ni, bila suruh dia cuci rambut..walaupun agak kasar…rasa segar kepala lepas diganyang.

 

 

 

Tagged : /

Cuti Kuarantin Kakitangan Awam Anak Terkena Penyakit HFMD Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut

Pada awalnya aku ingatkan anak demam Chicken Pox. Tapi bila dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Ayra Sufia dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut atau HFMD. Alahai memang kesian, sebab dia masih kecil untuk tangani sakit ini. Lebih-lebih lagi, bila ada ulser dalam mulut.

Dari mana virus HFMD ini?

Aku sendiri pun tak tahu dari mana virus HFMD ini menyerang Ayra Sufia sebab dia bukan ditinggalkan di taska. Ayra Sufia tinggal di rumah pengasuh yang mana hanya dia seorang sahaja yang ada. Bila doktor tanya, sebelum ini ada pergi ke mana-mana sama ada ke kedai makan, atau bazar ramadhan? Aku cakap ada berbuka puasa di kedai makan. Anak duduk di dalam baby chair? Aku cakap yea. Mungkin dari situlah Ayra Sufia terkena atas alasan budak yang duduk sebelum ini ada virus HFMD dan baby chair tidak dibersihkan dengan baik.

Apa yang aku perasan perubahan pada Ayra Sufia bila badan dia panas dan nampak biji-biji merah keluar dari tapak tangan, lutut dan kaki. Esoknya,  Ayra Sufia menangis sambil cakap “kitt (sakit)” untuk minum susu. Lepas itu, aku sedar ada ulser di lidah. Bagi bubur nasi, Alhamdulillah dia nak makan. Tiada ubat khas untuk tangani HFMD, cuma anak tak boleh dibawa keluar ke mana-mana. Ulser dalam mulut boleh disapu dengan gel yang dibeli farmasi. Untuk cepat ubati sakit dalam mulut, bagi anak makan aiskrim.

Gel untuk ulser

Cuti Kuarantin Kerana HFMD

Disebabkan aku dan Mr. Ery  adalah kakitangan awam, dapatlah cuti tanpa rekod iaitu cuti kuarantin selama 5 hari untuk salah seorang. Kiranya satu penyakit pada seorang anak, hanya 5 hari sahaja setiap orang. Jadi, Mr. Ery lah yang ambil cuti kuarantin, aku pula  ambil EL.  Untuk anak betul-betul sembuh masa yang diperlukan dalam 7 hingga 14 hari. Tapi Ayra Sufia dalam tempoh cuti kuarantin tu, dia kembali sihat. HFMD dia pun tak ada naik yang baru dan bukan jenis yang berair. Jadi, cepatlah dia sihat walaupun sisa-sisa demam masih ada. Dalam 2 hingga 3 hari, anak akan demam on off.

Cuti Kurantin HFMD
Simple nya borang cuti

 

Ayra Sufia kembali sihat dan dapatlah kami sekeluarga beraya di Kuala Lumpur ini.

 

 

Tagged : / /