Ayra Sufia Turns 2 tomorrow.
Busy sangat mama ni, sampai dah lama tak update blog. Demi hari lahir Ayra Sufia, mama sanggup karangkan sedikit untuk anak mama. Nanti besar, baca tau. Pejam celik pejam celik, dah masuk 2 tahun Ayra Sufia. Happy birthday sayang.
Parti Hari Lahir
Tak adalah buat parti besar-besar pun. Maybe setakat belikan kek sepotong. Itupun kakak dan abang yang habiskan. itu pastilah. Ayra Sufia mana suka makan benda yang lembik-lembik ni. Tak mahunya dia. Umur 2 tahun ni, dah faham orang cakap apa. suruh buang sampah, dia pergi buang. suruh duduk dia duduk. suruh tutup tv dia pergi tutup. Tapi, nak dengar dia cakap memang tak ada. Yang dia tahu sebut “ma dan nak” saja.
Risau juga bab percakapan dia. Anak sepupu sebaya dengan dia dah boleh cakap sebutir-sebutir pun. Tak apalah sayang, yang penting kamu sihat dan pandai yer. Satu perangai yang mencuit hati kami sekeluarga bila dia marah. Tak boleh kata apa, siap angkat tangan lagi. Contoh: abang nak ambil handphone kat tangan dia, terus pukul abang dan angkat tangan macam stop tu. Bekeng juga orangnya ni.
Ayra Sufia ni kalau dengan abang boleh bertolak ansur lagi kalau dengan kakak memang seteru semacam. Tapi bila kakak pakai tudung terus boleh baik dan nak ikut kakak jer.
Jam dah lewat dah ni. Kita tengoklah malam nanti atau esok hari ada kek ke tak yer. Apapun mama sayang semua. Terima kasih sudi baca.
selamat hari lahir Ayra Sufia. smoga jadi anak yang baik dan solehah
Wan Syahida recently posted…Telomere Study Vivix Yang Memenangi Hadiah Nobel Dalam Kategori Perubatan
Tu dah kenapa balut dgn sejadah? Haha. Comel je