Loading...
AyraAzwaFamilySpecial Day

Ayra Sufia Nama Saya

 Assalamualaikum.

Ayra Sufia Day 3

 

Hai, nama saya Ayra Sufia. Saya keluar dari perut mama saya pada 25 Mac 2015 jam 4.42 pagi. Mama saya sakit perut sekejap jer, saya tak nak bagi mama resah dan sakit kalau duduk lama-lama dalam perut mama.

Mama sedap telan roti keping jam 11.00 mlm dan mama rasa nak buang air besar. Memang buang air besar pun, dan mama nampak darah keluar juga. Tapi mama tak rasa sakit nak bersalin lagi. Mama kejutkan ayah dan bagitahu darah dah keluar. Ayah suruh siap, tapi mama sendiri cakap masih awal lagi. Ayah suruh juga pergi PPUM malam itu juga, gerak pagi esok kan terberanak dalam kete sebab sana selalunya traffic jam.

Nak kejutkan kakak dan abang bukan main susah nak sedar. Kakak dan abang kena tinggal di rumah tokma. sampai di PPUM jam 12.00 t/mlm mama terus diminta masuk ke bilik bersalin. Bila dah dalam tu, ayah tak boleh masuk dah. jadi, mama suruh ayah balik rumah dulu.. lambat lagi saya nak keluar. siang nanti baru keluar dari perut mama. kelam kabut mama cari ubat pelusuh dalam handbag nak telan, sekali entah mana hilangnya. Alaa, mama ni takut benar nak keluarkan saya.dah masuk bilik bersalin, hp pun dah tak ada. tak boleh nak contact ayah lagi. Ayah pesan pada kerani kaunter, kalau mama dah sakit nak bersalin, minta call cepat.

Mama masuk bilik bersalin, doktor check bukaan dah 6cm. Mama pun terkejut sebab tak rasa sakit langsung. Doktor cakap saya akan keluar dari perut mama jam 4.30 pagi. Alamak, tak sempat sianglah. Ayah mesti dah balik rumah. Mama kena pindah bilik lain, bilik satu katil. Dah dapat bilik satu katil pun, tetap tak dibenarkan orang lain masuk.

Jam 4.00 pagi, saya dah mula nak keluar..kesian kat mama, tak tahan sakit setiap 10 minit..sekejap kiri sekejap kanan mama pusing. Air ketuban mama tak pecah lagi, last-last datang doktor pecahkan dan say “ok, ready sekarang”. senang doktor cakapkan. Doktor lain pula cakap, kalau rasa nak teran,  teranlah…mama nak teran tapi takut.. banyak kali juga mama tarik hembus nafas nak keluarkan saya.

Jam 4.42 pagi, selepas mama sehabis kudrat berusaha nak keluarkan saya akhirnya saya selamat keluar dan datang ke dunia baru. Doktor letak atas dada mama kejap dan bawa pergi untuk bersihkan saya. Saya dibawa keluar dan selang lima minit ayah sampai. Naluri ayah, tak tunggu sehingga siang. Ayah azan dan qamatkan saya.

Nurse bawa saya ke sisi mama untuk breastfeeding terus, kesian mama. dahlah sakit untuk keluarkan saya belum hilang, kena jahit lagi, dan bagi saya minum susu lagi dalam satu masa.

Ayra Sufia
Hari pertama saya

 

Dah selesai semua, mama dibawa ke wad dan saya menyusur kemudian. Jam 8.00 pagi, doktor dah datang melawat. Mama tak sabar nak balik rumah. Mama berbisik kat saya minta saya cepat-cepat ‘weewee’ dan buang air besar, baru dapat balik terus. Saya pun tak sabar nak jumpa abang dan kakak.

Petangnya, saya dapat balik ke rumah. Saya dah berjaya ‘weewee’ dan buang air besar. Dengan tak sabarnya, ayah pergi beritahu doktor.

Malam pertama di rumah, saya tak lena tidur. Kesian mama kena berjaga selang seli dengan tokma. Yealah, saya masih tidak selesa dengan dunia luar ini.

Kini saya sudah 2 bulan. Baru semalam pergi cucuk sejarum, saya ditimbang dan berat sudah cecah 6.2kg..penangan susu ibu saja. patutlah mama pegang saya tak lama, mama cepat lenguh. Mama masih belum ajar saya minum susu tepung. Tak ajar sekarang, tentu saya nangis tak nak. Mama juga yang susah hati nak tinggal saya bila mama dah masuk kerja nanti.

 

About emarieys

Ema has written 1238 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

16 comments
  1. Mummydearie

    Tahniah, Ema! Dah bersalin rupanya. Padanlah macam lama tak dengar berita. Oh, saya pun sibuk juga sampai tak sempat nak blogwalking sesuka hati.

    Baby girl lagi ya, adalah kawan bermain si kakak nanti! Besar juga ya Ema baby girl kali ni. Anak-anak saya yang sihat bagai johan tu dulu masa lahir kecil aje – 2.96kg dan 3.1kg jerk.
    Mummydearie recently posted…Susahnya kalau dah rabun…My Profile

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge